KIMONO WRAP UNTUK RAYA

5 Jun 2016

KIMONO WRAP UNTUK RAYA | Assalamualaikum KIMONO WRAP lover Liz dah restock lagi kimono wrap pada hari Jumaat yang lepas. Punya la tak sabar nak ambil stock, sampai liz termimpi-mimpi tau sebab customer wasap hari-hari ada yang sampai ke tengah malam. Alhamdullilah rezeki walaupun untung tak banyak tapi diharapnya boleh berkongsi kegembiraan bila tengok korang pakai Kimono Wrap koleksi dari Zilazlover Official.




Photo by : Abah 

Sebenarnya korang kalau tak beli dengan liz pun takpa, sebab kadang-kadang ada warna yang korang nak dah habis dekat Zilazlover. Jadi liz selalu akan inform customer kalau stock takda. Kadang-kadang tu liz suggest korang beli dengan seller lain. Hihihik sebab takut korang tak sanggup tunggu.

Tapi tak sangka ada yang sanggup tunggu stock dari Zilazlover Official. Alhamdullilah terima kasih korang. Sayang sangat dengan korang sebab sanggup tunggu stock dari Zilazlover. 

Antara warna yang menjadi favorite customer ialah warna putih. Liz rasa warna putih semakin menjadi trend sekarang ni. Warna lain yang banyak customer suka juga ialah warna-warna soft tapi liz tak banyak koleksi warna soft, cuma ada peach, putih dan grey. Yang lain banyak warna blocking dan warna basic. Tapi usaha juga mencari cuma malangnya liz tak jumpa material yang liz suka. Kebanyakkan warna lembut atau pastel menggunakan material satin dan chiffon. Hikkhikk liz nak jual bukan tengok pada warna je, tapi lebih kepada material. Sebab liz suka pakai sesuatu yang selesa jadi liz harap customer liz pun rasa perkara yang sama.



Okay ini ialah Kimono Wrap yang dikategorikan labuh. Kalau korang tengok gambar yang liz pakai ni labuhnya sehingga ke bawah lutut, tali nya pula dah dijahit tepi kanan kiri baju. Boleh diikat ikut kesesuaian, ikat ribbon di depan atau ikat tarik kebelakang. 

Saiz boleh muat pakai dari S - XXL. Confirm muat sebab liz dah suruh mak cuba pakai. Hihik dia muat pakai. Cuma badan XL ni mungkin tak dapat nak ika ribbon di belakang. Itu sahaja tapi boleh wrap. JANGAN RISAU!


11 warna untuk dipilih. Berminat boleh wasap di talian 010-2276292


 

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.