SUKA GUNA CONCEALER DARI MAC STUDIO FINISH

9 Jun 2016

SUKA GUNA CONCEALER DARI MAC STUDIO FINISH | Hi Assalamualaikum  Minta Maaf! Tahu dah lama tak hupdate blog, sampai kan orang PM FB liz tanya pasal foundation, bedak, dan lain-lain. Lagi-lagi bila Ko Skin Care dah hentikan pengeluaran sunblock foundation SPF 60 tu untuk sementara waktu, jangan risau hanya untuk sementara waktu kalau tak silap liz. Hihi liz tahu pun dari readers blog liz juga yang maklumkan bahawa mereka nak re-formula semula sunblock tu untuk hasil yang lebih baik. Jadi dia tanya liz pakai apa?
 
Mehlah liz share benda yang paling-paling liz kena ada ialah concealer dari Mac Studio Finish. Barang MAC ni memang semua nya mahal, kalau boleh tak nak beli! Nak jimat duit! Tapi dia punya product KUALITI dan hasilnya memang tak dapat nak dinafikan lagi. Wajib perlu ada dalam koleksi make up korang.


1. MAC Studio Finish Concealer Cache-Cernes Refill Pan 1.5g RM51
2. MAC Studio Finish Concealer DUO Cache-Cernes 3g RM100
3. MAC Studio Finish Concealer SPF35 7g RM79

Tiga benda ni favorite liz yang wajib pakai setiap hari. Sebenarnya ketiga benda ni benda yang sama tapi packaging nya sahaja berbeza. Mula-mula liz terjebak dengan MAC concealer ni bila liz beli yang nombor 3. Tahan lama tau boleh guna dalam tempoh up to 5 months tau. 

Kalau ada jerawat yang besar tu, liz tepek je concealer ni memang padu dan tak clog pores. Untuk yang ada PIH merah-merah dekat muka pun sesuai pakai ni. Tempek je dengan brush kemudian rata-kan sahaja dengan sapuan foundation yang korang pakai. Concealer ni dah jadi macam make up asas pertama kena pakai sebelum yang lain-lain. 


Ini dia untuk refill pan kalau korang nak berjimat. Tapi sejak beli liz tak pindah tempat pun. Biar je dalam pack tu, nak guna bawa keluar lepas tu simpan bali masukkan dalam hand bag. Lagi simple sebab kecil dan comel je dalam packaging sampul macam tu. 

Kalau korang pergi MAC boleh minta MUA dekat sana pakaikan untuk korang. Tips masuk MAC ni korang kena tahu korang nak apa, kalau tidak mesti orang dekat sana pun macam susah nak entertain korang. Hehehe ~ faham maksud liz kan ~ lalallalaaaa ~

Okay semoga dapat memberi idea kepada korang yang tengah mencari concealer tu. 



 

1 comment

LEAVE COMMENT HERE.