BUMBO CHAIR MULTI SEAT UNTUK MUZAFFAR YAFIQ

4 Mar 2018

BUMBO CHAIR UNTUK MUZAFFAR YAFIQ | Assalamualaikum semua 

Semalam liz pergi baby fair tau dekat Sogo, kiranya boleh dikatakan kali pertama pergi Sogo untuk shopping barang baby. Selalunya ke Sogo beli barang sendiri je. 

Ni kira betul-betul rezeki Muzaffar sempena nak masuk usia 6 bulan. Liz hadiahkan sebuah BUMBO chair untuk anak kesayangan. Uarghh aku sampai sekarang macam tak percaya beli bumbo chair ni, korang tahu tak harga bumbo chair ni berapa? Liz masa 1st time dengar Kak Ayue share pasal bambu chair ni liz ingat harga puluhan ringgit je. OMak Kau puluhan ringgit! Harga dia ratusan ringgit bukan, Se Rat yek tapi Ti Ga Rat. Meleleh air liur nak beli tapi tak mampu. 

Dalam masa yang sama terliur tengok Qaayed (Anak kak ayue) duduk dekat kerusi tu. Nampak sangat selesanya, seronok dan bahagianya weh budak ni. Kemain tegap lagi duduk. Liz pun cari lah option lain beli kan kusyen chair yang harga dia RM30 dekat shopee. Excited tau tunggu kerusi RM30 ni. 

Bila sampai, kasi Muzaffar duduk, terkapai-kapai dia sebab dia lembik lagi, kusyen chair ni pula tak seimbang sangat kalau baby yang belum pandai imbang badan. Memang tak selama bagi duduk, melainkan ada yang pegang dan pantau. Liz pernah sekali bagi dia duduk, liz tinggal kejap je, kejap gilerrr. Dia da tergolek dengan kusyen chair tu sekali, mujurlah atas katil. 

Lepas dari kejadian ni, liz macam bercita-cita tinggi la nak beli kan Muzaffar bumbo chair juga. Lagipun bila fikir-fikir kan semula, nanti anak yang kedua ketiga, keempat boleh je duduk sini lagi. 

Bumbo chair ni mulanya liz ingat kerusi plastik biasa je. Tapi bila dah jumpa depan mata, dah bagi Muzaffar duduk situ. Tengok selesanya dia. Hati seorang ibu dan ayah, mesti nak yang terbaik untuk anak nya kan. 

Siap ada tray makan lagi, alahai COMEL nyaaa anak! 


Bumbo chair ni bukan kerusi plastik biasa tau, bila Muzaffar dulu dalam ni, kerusi ni ni macam tenggelam sikit ikut tampung dengan berat Muaffar. Memang kena cuba dulu baru tahu jatuh cinta ke idok tau.


Harga dia RM318, offer masa ni liz dapat RM199. Sambil muzaffar duduk dekat kerusi ni sambil mami buat kira-kira untung Mary Kay berapa bulan ni hahaha. 

Dahlah kerusi ni wane wani ada, lembut, bumbo chair ni ada 3 jenis tau. Liz amik yang MULTI SEAT sebab Muzaffar dah nak masuk 6 months, so amik la multi seat 6 - 36 months. Bumbo chair ni boleh attached dekat kerusi makan, jadi dia tak akan jatuh tergolek. Dia ada meja dia sendiri. Dia nak makan comot ke apa biar dia dekat meja dia. Tak ganggu meja kite-kite ni semua tau. 

Kerusi ni boleh guna sampai Muzaffar 3 tahun, malan memang dah plan untuk bawa kerusi ni kemana sahaja. Senang dia duduk kat kerusi nanti bila waktu kami makan. Lagi-lagi dekat nak raya ni kan, dia siap plan lagi nak muzaffar join makan time hari raya hahahaha. 

Nanti liz share lagi pasal bumbo chair ni masa Muzaffar dah mula 1st solid food dia. Tak sabarrrrr mami. 

Multi Seat Bumbo Chair ni boleh guna 3 cara:

1. Floor Seat
2. Feeding Seat
3. Booster Seat

Assalamualaikum, nanti sambung update lagi.



Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.