TEMPAT MAKAN AEON SETIA CITY MALL | WINDMILL RESTAURANT

TEMPAT MAKAN AEON SHAH ALAM | WINDMILL RESTAURANT 

Assalamualaikum semua. Memandangkan malam ni tiba-tiba mata segar giler, jadi liz rasa macam nak ketuk-ketuk sikit jejari ni atas keyboard. Bukan keyboard warriors, ha ahh haa .. Tapi keyboard ni ditaip untuk berkongsi maklumat.

Tempat makan ni, Windmill Restaurant, dari luar nampak macam mewah giler, dulu selalu lalu je takut nak masuk. Takut tak mampu nak bayar makanan kat dalam nya. Tapi semenjak diperkenalkan oleh ajen insurance aku bulan lepas, sejak dari tu restaurant ni aku kenalkan pada rakan-rakan dan keluarga yang lain. 

Bulan February, 3 kali aku masuk sini makan. Korang rasa??? Jemu terus secara mendadak. Liz suka tempat ni sebab sangat-sangat selesa, tak bising, sebab jauh sikit dari restaurant yang lain, cantik sesuai untuk selfie welfie. Makanannya sedap, sebab tu sampai 3x masuk sini pada bulan yang sama. Jenis makanan dekat sini ada banyak, korang boleh makan makanan ala Thai, ala western pun ada. Tapi western sini mahal sikit, tapi mahal yang masih mampu. Cuma yang paling best, sedap dan menjimatkan ialah set thai untuk 3-4 orang makan, 5-6 orang makan. Ikut korang la nak pilih pakej yang mana 1. 



With Mil and Fil

Sempena Muzaffar baru baik dari demam ni, kita bawa mil and fil makan-makan lah sikit before hantar balik Pahang. Korang tahu kan, Muzaffar demam 2 minggu tau. Jadi kami tak hantar dia ke school tapi bawa parents liz, then bertukar shift dengan parents husband. Seminggu sorang jaga Muzaffar, Alhamdullilah baik dah selsema dan demam dia. 


Kenangan Muzaffar bersama puting Avent, sebelum kehilangan puting tersebut. Tahlah hilang kat mana, sampai sekarang tak jumpa. (Hilang dalam rumah je sebenarnya) Mujur ada kenangan ye Muzaffar dengan puting faveret. 


Ni je yang sempat di ambil gambar, orang lain semua kalut nak makan plus semua orang makan cepat-cepat sementara mood Muzaffar baik duduk dalam stroller tu. Liz suka giler Tom Yam dia, kerabu mangga dia yang memang fresh giler. Lepas tu ada telur dadar, ada ayam masak ala thai. Nasi dan air. Pakej untuk 3 orang ni RM69.00 kalau tak silap lah. Tapi boleh tambah nasi lagi, sebab kitorang guna set ni makan 4 orang. Extra dekat sini, tambah air special sikit, then tambah ikan kerapu stim.

Total burn dekat sini RM170 macam tu. Kalau tak ambil ikan, tak ambil air yang extra maybe tak sampai pun RM100. 


Muzaffar ni putih ikut kulit bapak dia, kalau ikut kulit aku confirm ten ten punya.


Selesai makan dengan jayanya.

Untuk environment sekitar dalam ni, tak berapa sempat nak nak posing sebab waktu ni kami datang makan malam. Lewat sikit dah kan. So the next nya aku bawa office mate aku pula datang sini. Hahha ~


Menu yang sama.



Nama restaurant pun windmill, mestilah kena ada windmill!


Kenapa eah gambar Ika ni banyak sangat dengan liz? Mesti korang perasan kan if korang followers liz yang tegar lah, hurmm sebab banyak-banyak ofismate, dia ni je yang kuat layan aku posing. 

Aku kan giler posing, giler camera, dan giler duit. Eahh eahh, sebab duit I buat Mary Kay haha. Alhamdulillah, sedang menikmati duit belanja dari Mary Kay, sambil tu mencantikkan kulit muka yang macam jalan tar ni. Hihi ~ usaha nak jadikan macam simen gituh. Sabar okay. 

Siapa rasa nak buat income lebih dengan ikhlas dan suka kan kecantikkan? Boleh wasap liz 0102276292. Bila nak jadi beauty consultant ni, kite kena suka dengan produk yang kite jual tau. JOm ber Mary Kay. Wasap tau.



1 comment:

  1. Helpful info. Fortunate me I found your website unintentionally,
    and I'm stunned why this accident didn't happened in advance!

    I bookmarked it.

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.