KEDAI KAYU PLYWOOD KUALA LIPIS

KEDAI KAYU PLYWOOD KUALA LIPIS | Assalamualaikum semua

Hari ni liz nak berkongsi tentang info kedai di Kuala Lipis yang menjual papan kayu peliwood / plywood. Terdetik nak kongsi infomasi ni sebab awalnya liz google cari kedai menjual kayu area Kuala Lipis tapi tak jumpa apa-apa dalam carian Google. Jadi, liz harap dengan entry yang liz share kali ni dapat membantu sekiranya ada antara korang yang sedang mencari bahan-bahan Plywood ni. 

Walaupun liz tak jumpa carian di Google tapi dengan hasil usaha bertanyakan kepada saudara mara di Lipis, Alhamdullilah jumpa juga kedai yang direkemen ni. Liz ni memang la orang Kuala Lipis, tapi sebab mak abah pun tak pernah beli Plywood lepas tu bagitahu info dekat liz pun "tu kedai dekat industri". Urkkk google la pula liz pun tentang industri Lipis tapi tak juga jumpa. Ini yang buat lagi gigih nak share kedai Plywood dekat Lipis ni. 

Sambil tu boleh la bantu orang lain, dengan hasil info ni. Liz akan serta kan sekali dengan harga nanti jenis plywood yang liz beli okay.

Nama kedai : TONG AH CHAI PERABUT

TEL : 09 - 312 3426 

73 Jalan Tempoyang. Kuala Lipis, Pahang, Malaysia

ALAMAK!!!! Ini je gambar yang masih ada, gambar-gambar jenis plywood dah hilang pula dalam phone ni. Tinggal dua keping ni je liz boleh share pada korang. Kami beli papan plywood nak buat para dapur, kami beli dua papan plywood total harga RM45 tapi gambar yang jelas takda pula. Sorry tau korang. Kalau nak tahu details korang kena datang sini ataupun boleh call dulu tanya saiz dan harga. 




Sesiapa yang mencari papan plywood tu boleh datang ke sini. 

0 Darlings:

Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.