CARA BELI TIKET MURAH LOST WORLD OF TAMBUN IPOH

CARA BELI TIKET MURAH LOST WORLD OF TAMBUN IPOH | Assalamualaikum semua 

Selamat Datang September 2020! Bulan September selalunya akan jadi bulan yang liz akan plan untuk short vacay. Sebab bulan September ialah bulan kelahiran putera kesayangan liz. 

IKUT MAMI JALAN-JALAN

Tahun 2020 ni merupakan sambutan kelahiran Amuzz yang ke 3 tahun. Kalau perasan memang dari seawal Amuzz umur setahun lagi liz akan buat 1 short vacay untuk sambut birthday Amuzz. Selalunya orang akan buat birthday party, majlis kesyukuran semua tu kan. Tapi pada liz pula birthday Amuzz, dia perlukan me time dengan Mami dengan Abah dia since we both selalu sibuk bekerja. Dari dia baby, balik rumah pukul 7 petang, pergi taska 7 pagi then tidur pula awal pukul 8 malam. Sebab liz dengan husband memang dah train Amuzz macam tu sejak dia lahir lagi. Cuma tahun ni ada sedikit perubahan since Mami dah start own business. 

AMUZZ BENGANG LA MAMI NI ASYIK NAK BERGAMBAR JE

Okay sambung tentang tiket pula, liz memang suka beli tiket online sekarang ni sebab jimat masa dan tak perlu beratur panjang. Sebelum ni liz pernah beli tiket di Klook apps, tapi kali ni nak cuba beli di Wonderdfly.Asia pula. 



Sebab....details pakage di Wonderfly.Asia lebih jelas tentang zon2 yang boleh kami lawat di Lost World Tambun nanti berbanding apps di Klook tak huraikan tentang zon2 yang kami boleh masuk dekat sana. 

Sebagai contoh nya : 

Liz beli dua tiket je, sebab bawah 90 cm tiket FREE


Step Pertama : Pilih package yang mana kita nak, kemudian masukkan dalam cart.

Step Kedua : Kita click check out untuk buat pembayaran

Step Ketiga : Link ke FPX untuk link ke akaun online banking kita

LOG IN : Ada dua cara, korang boleh log in apps ni menggunakan Email / Facebook 

Nanti kena isi juga infomasi dekat atas ni tau, sebab nanti e-tiket (tiket secara online) akan dihantar juga melalui email. Jadi liz memang lebih prefer anything beli menggunakan alamat email.


Dapat order number yay!!! Dan dah boleh view booking details. Dalam booking details ni nanti ada QR Code. Masa kita sampai ke lokasi nanti, kita bagi staff sana scan QR code tu. 


TAK YAH BERATUR UITT. 
ORANG MEMANG TAK RAMAI SELEPAS MCO HARI TU

Tapi sekarang ni dah PKP semula kan, jangan risau kerana inilah masanya anda kumpul duit dan survey destinasi yang anda ingin bawa keluarga anda nanti. Liz plan percutian ni pun masa PKP tau, habis PKP terus cepat-cepat.



1 comment:

  1. Seronok nya dapat ke Tambun. Akk teringin juga nk bawak Qaayed. Moga cepat lah covid ni hilang dari muka bumi. Rindu nak rasa nikmat dapat berjalan2

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.