4 Feb 2021

CARA BAYAR INSURAN AIA PUBLIC TAKAFUL DI MAYBANK2U

CARA BAYAR INSURAN AIA PUBLIC TAKAFUL DI MAYBANK2U

Macam mana nak bayar sendiri AIA Public Takaful menggunakan Maybank2u? Sebenarnya ni pun kali pertama liz bayar AIA Public Takaful sendiri menggunakan Maybank2U. Kalau tidak sebelum ni, liz transfer pada agent AIA liz dan dia tolong buat traksaksi pembayaran. 

Memandangkan banyak masa duduk rumah musim Covid ni, kita bayar lah sendiri klik-klik bayar. Yang perlu ada wangnya jangan lupa. 

Kalau korang nak tahu, liz 1 family memang guna insurance AIA sejak anak liz Muzaffar Yafiq berusia 4 bulan, kami terus cari insurance. Alhamdullilah memang AIA ni sangat-sangat bagus, tiada masalah dengan pembayaran apa-apa dan tiada sangkut proses apa-apa. Nak claim follow up bil pun sangat cepat tau. 





Click - Bill Payment 


Okay jom tengok step bayar nya:

1. Buka laman web Maybank2U. 

2. Klik ke Bill Payment.

3. Klik One-Off-Payment

4. Klik All Payess

5. Klik AIA Public Takaful 

6. Isi details, masukkan jumlah, nombor polisi & nama

7. Kemudian request TAC macam biasa

8. Selesai, jangan lupa simpan resit.











Selesai masukkan TAC ni, jangan lupa print resit ya. 

Untuk AIA public takaful ni, liz bayar lumpsum 1 tahun terus. Jadi untuk tahun 2021 dah tak payah pening-pening nak fikir duit sebab dah siap bayar 1 tahun. Ini pun salah satu cara yang agent liz tu ajar, supaya liz pun tahu macam mana nak menyimpan duit, nak ambil duit dekat mana dan supaya tak sangkut bayar walaupun tengah di musim covid sekarang ni. 

Kalau korang nak tahu juga, AIA public takaful ni liz bayar duit sendiri tau, sebab suami dah bayar untuk diri dia. Kalau campur yang liz pula lagi haa tak cukup pula nak sara kami nanti. Jadi suri-suri rumah tu korang kalau nak ada extra income dekat rumah tu. Boleh sangat, ada lebih duit jangan membazir sangat, buat simpanan yang memberi sedikit imbuhan masa kita tua nanti. Yang mana belum ada insurance tu, survey-survey tau. 



Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.

Latest Instagrams

© Liyliz Yusof. Design by Eve.