REVIEW DAGING HARIMAU MENANGIS SEGERA

8 Feb 2021

REVIEW DAGING HARIMAU MENANGIS SEGERA

Jenama daging harimau menangis ada macam-macam rupanya, barulah ku tahu selepas menjengah ke dalam group makan-makan Setia Alam. Kalau korang nak cuba daging harimau menangis pek segera yang boleh masak sendiri dekat rumah macam liz ni, apakata korang jenguk-jenguk group makan-makan di kawasan rumah korang. Manalah tahu ada agen-agen yang menjual daging harimau menangis ni. Ada hari-hari yang malas nak cepat siap dan mudah dimakan boleh lah beli buat stok.



Liz cuba jenama Diase Daging Harimau Menangis tak payah sampai Thailand pun dah boleh merasa makan daging harimau ni kawan-kawan. Harga 1 pek ni RM38 ya, haa idok murah ya. Sesuai untuk 2 hingga 3 orang makan, liz makan berdua dengan husband memang puas sesangat-sesangat. Tidaklah tahap berebut-rebut, berat daging ni 480++ macam tu. Ada sekali dengan cili sos dan bijan & beras sangai. Apa benda tah sangai-sangai ni, makan je lah kan.



Daging ni dah siap perap, korang bawa keluar terus letak atas kuali lepas tu tutup dengan penutup. Agak-agak dah masak, korang balik kan lah pulak ye. Dekat pek ni pun ada cara-cara penyediaan, jadi jangan risau sangat lah. Daging tu liz tak hiris-hiris pun, masak ketul-ketul macam tu terus. Liz tak guna minyak pun, siapa nak guna minyak sikit pun boleh. 




Dah siap masak, barulah liz hiris-hiris kan letak dalam pinggan ni, tabur la bijan sangai tu atas daging harimau menangis ni. Menangis juga la makan, harga RM38 cam gini je kan hehe, nak banyak-banyak buatla perapan sendiri okay!



Kemudian air cili yang dia bagi ni, liz panaskan tau dalam periuk sebab cicah sos sejuk tak sedap pula rasanya. Sos idia tak pedas pun, liz rasa manis. Hmm mula-mula makan syiok, dah sampai dekat penghujung tu rasa muak sikit maybe sebab sos dia pedas-pedas manis. Dan pada liz, rasa manis tu buat liz muak. 




Bijan dia bagi pula sikit, bogel-bogel rasa daging harimau saya ni tak cukup bijan untuk diselimuti. Nak banyak-banyak pergi pasar beli sendiri la yak. Heheh kalau korang nak cuba, boleh try this one, semua nya sedap kecuali pada liz tentang sos nya sebab liz kuat makan pedas. Untuk husband liz yang tak gemar pedas, boleh dia suka sangatlah. Makan dengan nasi panas-panas kan..
 Woww sangat you all! Jangan lupa cari yak.





Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.