MENCEGAH DAKI KETIKA HAMIL

MENCEGAH DAKI KETIKA HAMIL | Apakah? Tiba-tiba tajuk kali ni macam tajuk blog bagi tips-tips pulak. Nak kata liz nak kongsi tips 100% tu tidak la macam tu. Cuma nak berkongsi dengan korang yang tengah mengandung sekarang ni kut-kutlah tengah menghadapi masalah yang sama macam liz tengah hadap sekarang. Jadi meh la kita kongsi-kongsi sikit cerita.

Korang perasan tak macam sekarang ni fenomena orang-orang mengandung? Korang perasan tak? Ke liz je yang tengah rasa benda ni. Tahu tak yang orang sekeliling liz, kawan-kawan uni liz, kawan-kawan Facebook, kawan-kawan dekat kampung. Eah macam perancangan keluarga hamil menghamil pula rasanya tahun ni. Kite ada buat janji eah nak baby sama-sama? 

Sebagai orang yang tak pernah ada pengalaman mengandung macam liz ni, banyak benda yang aneh-aneh terjadi dekat perubahan diri buat kita rasa cuak. Petama-tamanya liz sedar yang perut liz ada jalur di tengah-tengah perut. Weh jalur apakah ini, makin lama makin tebal pula tu, buat tak tahu je mula-mula sebab ingatkan daki biasa akibat malas mandi sejak mengandung ni. Hoho! Tapi semakin lama, jalur tu dari pusat hingga ke tengah-tengah tetek pulak. Opss, alah yang baca ni mak-mak je kan, ke ada suami-suami orang juga yang baca ni?

Mula lah kerisauan melanda, dan mulanya liz interview orang-orang yang tengah/dah pernah mengandung pasal simtom ni. Manatau, kut-kut liz sorang je yang berdaki tapi orang lain tak da pun macam ni semua. Sambil-sambil tu juga, google la info sikit cara hilangkan daki, tanya google betul ke orang mengandung ni berdaki. Macam-macam tajuk lah liz google sampai terjumpa pasal sabun Tanamera ni. Ramai yang bagi positif feedback. Jadi liz pun semakin yakin untuk cuba sendiri keberkesanannya menjadi ke tidak.


Alhamdullilah weh, habis sebuku liz guna memang berkesan sangat-sangat, segala celah mak nenek yang berlipat yang tengah membesar ni liz tenyeh dan gosok dengan sabun Tanamera ni. Harga nya tak la mahal sangat, RM18 sajo. Tahan sebulan liz pakai, mandi dua kali sehari, kalau korang mandi 4 kali sehari maybe boleh guna setengah bulan je la yek.

Sebelum 

Selepas

Tekstur sabun ni Nampak je licin, bila dah guna. Tadaaaaa ~ dia keluar kasar-kasar ni. Tu yang sedap sental tu. Dan bau dia, nyum nyum liz suka sebab bau akar kayu gitu. Nak kata bau rempah ratus karang korang bayangkan bau kari bau gulai ayam pulak. Tapi bestlah baunya bukan kuat sangat bau akar kayu nya, sikit-sikit je pun, macam bau beras bakar pun ada. Bau yang menenangkan liz bila mandi sebab semenjak mengandung ke budak dalam perut ni liz tak berapa suka mandi guna sabun yang bau nya wangi. Rasa loya tekak, rasa pening kepala dan rasa moody sepanjang hari. Tu belum termasuk syampu rambut, tukar seminggu sekali. #alahanbausangatteruk

Liz ada share dekat insta story pasal sabun ni, tak sangka pula ramai yang dm tanya beli dekat mana. Dalam masa yang sama, macam tak sangka “Ohh ramai juga yang mengandung tengah berdaki sekarang ni” Haha! Buat para suami semua, mohon faham ye, bukan kami ni yang tengah mengandung pemalas jaga badan, tapi ini semua kerana hormone mengandungkan anak si suami masing-masing. Jadi bagi suami mana yang tengah baca ni, tolong lah beli sabun ni kasi bini korang. First time hari tu liz beli sabun ni dekat baby fair, lepas tu dah tak tahu nak cari dekat mana, tanya kiosk-kiosk takda pula jual. Lepas tu pergi google website Tanamera. Tapi delivery dari Tanamera postagenya RM12 weh, bapok mahal nya. Jadi liz pun cuba lah nasib cari dekat Lazada. Hahaha memang ada lah seller yang jual Tanamera ni, apa yang takda dekat Lazada ni. Segala mak nenek dia ada jual punya lah.

Jimat tenaga, jimat minyak kereta, minyak tol. Klik-klik sampai dah boleh mandi. Huhu. Liz harap perkongsian review ni boleh lah meringankan kerunsingan korang yang tengah hadapi masalah sama macam liz ni. Kulit kita masa tengah hamil ni memang akan gelap dan kusam sikit dari biasa sebab baby kita serap zat-zat yang kita ada dari kita. Jadi banyak factor juga kita kena jaga, terutamanya permakananan. Semoga kita dan baby cukup khasiat dan zat.

Okay good luck to us mommy to be semua.

Ni ialah sabun kedua liz. 

Liz repeat order sebab sabun ni memang berkesan sangat-sangat, daki-daki yang degil tu luntur sedikit demi sedikit tau. Kulit pun lembut dan nampak la seri sikit, kalau tak mau nya semakin kusam dan gelap juga sebelum ni. 




0 Darlings:

Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.