TOPPOKI MURAH & SEDAP IKUT TEKAK MELAYU

21 Aug 2017

TOPPOKI MURAH & SEDAP IKUT TEKAK MELAYU | Assalamualaikum 

Selalu kalau review makanan mesti nak sebut pasal nama restaurant nya dulu kan, macam boring je. Jadi kita tukar la, kita highlight kan pasal makanan pulak. 

Liz bukan pandai sangat atau mengenal mana pun makanan yang pelik-pelik ni. Tapi bila dah sedap, macam rugi pula kalau tak bagitahu korang pasal makanan Korea yang ikut tekak melayu ni. Weh ingat senang ke tekak sambal belacan nak makan makanan yang pelik-pelik ni. Susah kan? 

Tapi yang ni serius weh Toppoki ni kalau korang makan tak nyesal punya, silap-silap boleh tak cukup!!!


Korang pernah tengok tak gambar makanan dekat atas ni? Liz selalu tengok dekat Runniman Show je selama ni tapi tak pernah tahu pun apa nama nya. Sumpah sedap korang! Benda yang panjang-panjang tu ialah rice cake. Tak sangka, sedap giler weh bila makan cicah dengan kuah ni. 


Sebab masing-masing macam pertama kali baru nak cuba makan, jadi liz dengan kawan liz pilih size small RM6.80 murah kan? Kalau tak sedap, tak habis makan pun, tidak lah membazir sangat nanti. Tapi ni, sampai kuah-nya licin habis!!! Kitorang tambah cheese RM1 jadi total RM7.80. Ada 3 jenis TOPPOKI ni, sebab kitorang jenis yang tak pandai sangat nak makan lagi. Jadi kita pilih original spicy tu. 

Ternyata sedap sangat!

Sebab lapar nasi tu yang order nasi. 

Yang ni, hurmm tolong la JANGAN ORDER sebab tak sedap. Ikan bilis tu, goreng dekat rumah boleh, kimci, then yang hujung tu ialah kacang panjang goreng. Hahaha~ kalau korang bawa nenek atau mak korang makan sikit, confirm kene hempuk dengan sudip bila diorang tengok menu ni. 

Nasi tu lah, macam gaulan nasi bersama sayur-sayuran, takda taste sangat. Nasi dia pula bulat-bulat tawar je. Jadinya liz rasa membazir pula order menu yang boleh masak sendiri dekat rumah tapi bila makan dekat kedai kena charge RM16 ++ Jadi kalau nak pilih, korang pilih macam rameen ke yang berkuah merah-merah tu, aku tengok orang makan laju je berselera tau. Makanan sendiri jadi slow pula nak telan.



Cara nak order kat sini ialah macam ni, meh nak ajor. 

1. Ambil buku order tu, kalau nak duduk, bawak buku tu sendiri kat meja. Diorang tak ambil order dekat meja yek. Sini semua self service. Kalau korang nak order dekat kaunter sambil berdiri pun boleh. Macam kami, gedik nak tenung buku menu lama-lama jadi kami angkut buku menu ke meja dulu untuk di tenung-tenung.


2. Buat bayaran di kaunter bersama buku menu tu tadi. Lepas order, sila buat bayaran terus yek dan dapatkan resit seperti di atas tu. Tengok nombor resit ye kawan-kawan. 


3. Mohon tengok di skrin pertama, di mana skin bahagian air. Nampak tak tu nombor 53, jadi kena la ambik air sendiri dekat kaunter air. 


4. Ambil makanan pula dekat kaunter belakang. Nombor 53, makanan dah siap! Amik sendiri okay. Then selamat menjamu selera ye kawan-kawan. 

Myeong Dong Restaurant ni dekat Setia City Mall, Level 1 kalau tak silap. Ala, kalau korang nampak Tea Live, nampak kiosk boost ke. Area-area situ lah. Sebaris dengan Auntie Aunt. tu. 

Tekak dah lulus makan Toppoki, lepas ni nak bawak husband datang sini pula. 


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.