CHECK UP IBU DAN ANAK SEBULAN DI KK SEKSYEN 7 SHAH ALAM |
Alhamdullilah semalam 19th
Oct 2017 genap cikenit ni sebulan. Nama diberi Muzaffar Yafiq yang membawa
maksud Kemenangan Mulia. Kami sebagai mak ayah nya panggil cikenit ni dengan
nama pertama-nya iaitu Muzaffar. Memang kami panggil cikenit ni dengan nama
penuh, baru la ada maksudnya. Tapi kalau
esok dia dah besar, dah bersekolah kalau nak letak nama gelaran sendiri itu
biaq pi dia la nanti. Yang penting bapak nya nak juga panggil nama penuh-nya tu
Muzaffar.
Muzaffar ni masa keluar hari tu
beratnya 2.42 kg dengan kepanjangan nya 47 cm. Tapi masa check up sebulan baru
ni dekat KK beratnya dah naik 3.4 kg dengan kepanjangan nya 51 cm.
Alhamdullilah sihat sejahtera hendaknya budak ni membesar.
Ikutkan sejarah kelahiran
Muzaffar ni, dilahirkan disebabkan induce. Doc suggest liz bersalin awal sebab
baby suspected IUGR. Apa tu IUGR nanti korang google la sendiri ye. IUGR ni ada
banyak sebab. Untuk kes liz pula ialah disebabkan placenta baby dah hampir
matang pada minggu ke 37 kalau tunggu sehingga minggu ke 40 doc risau yang baby
akan kekurangan nutrient dan oksigen. Jadi baby boleh lemas dekat dalam perut,
mungkin juga boleh beri kesan yang tak elok pada otak bayi dan tumbesaran dia.
Jadi doc minta liz bersalin secara induce pada minggu ke 38. Alhamdullilah
induce berjaya dan ada bukaan, risau juga kalau induce tapi tiada bukaan, sebab
kemungkinan besar untuk c-sor tu memang tinggi. Kiranya kalau liz tak bersalin
awal, kemungkinan besar untuk baby liz kena IUGR. Macam sekarang ni, baru
suspected IUGR. Faham tak korang? Liz pun tak faham juga awalnya, banyak juga
google dan membaca. Cuma nak pesan pada ibu-bapa semua masa scan tu korang kena
alert dengan growth line baby tau. Apa-apa pun ikut nasihat doctor korang tau.
Nanti ada masa lebih liz cerita pasal kes suspected IUGR tu.
Semalam liz agak lewat juga ke
KK, tunggu cikecit ni bangun lambat juga, nak susu dulu nak beriba dulu bagai
kan. Jadi dalam pukul 9 juga la baru bergerak. Liz bersalin dekat PPUM jadi liz
tak da buku baby lagi tapi kalau yang bersalin dekat hospital kerajaan. Korang automatik
terus akan ada buku baby. Liz pula bila dah sebulan baru buat buku baby dekat
kaunter register.
Lepas tu nurse akan minta kita
timbang baby dan ukur kepanjangan dulu. Lepas tu baru ukur berat ibu pula dan
ibu perlu buat beberapa ujian juga selepas bersalin ni. Kena test Urine dan
juga HB darah. Sama je macam proses buat check up hamil hari tu. Darah amik kat
hujung jari tu je.
Tapi Muzaffar ni ada extra check
up sebab dia kuning tak turun lagi. Selain kena suntik sebulan (Hepatitis B)
dia kena amik darah juga dekat tumit kaki. Alhamdulllah bacaan dia 100.6 turun
dari minggu lepas bacaan dia 127. Muzaffar ni kategori prolonged jaundice sebab mak ayahnya darah O, makanya dia pun darah O.
Tapi bila nak tunggu jumpa doctor
kat KK ni memang agak merana sikit la lagi-lagi bila dah datang lewat kan.
Sebelum jumpa doctor tu, liz kena masuk jumpa nurse dulu. Masa ni dah pukul
1230 korang tahu la kan, nurse pun dah lapar kan. Haha jadi check up pun cincai
giler. Ambil tekanan darah liz, lepas tu tanya ada rasa bengkak ke tidak. Macam
tu je weh, tinggi rahim ke apa semua tak check. Haha beza betul dengan check up
dekat KK kampung, kadang-kadang ada yang siap tengokkan lagi . Dekat Setia Alam
ni, sekali pun nurse tak pernah datang rumah liz jenguk. Sedangkan suami memang
dah datang ke KK daftar kelahiran bayi masa dia umur 3 hari lagi. Tak pe redha je
la, sebab liz beranak PPUM takkan la sampai gini sekali terabai kan. Sedih nya!
Lagi 1, lain KK, lain cara nya tau. Liz tau pun sebab liz selalu juga tanya
kawan-kawan yang buat check up dekat KK lain, itu yang tahu apa yang kurang apa
yang lebih.
Lepas dah jumpa nurse, jumpa la
pula doctor untuk refer kes pasal baby kuning ni macam mana. Alhamdullilah
doctor dah discharge Muzaffar, tak payah buat check up ambil darah lagi sebab
bacaan dah 100 dan ujian saringan untuk hati, urine dan tyroid juga clear. Berak
kencing pun normal. Cuma suami liz, selagi tak turun sampai 0 dia tetap rasa
risau. Gayanya macam nak bawa ke PPUM pula tu sambung check up, bukan tak nak
terus ke PPUM tapi sebab jarak, dan kekangan masa lebih dekat dengan KK Shah
Alam cuma untuk certain kes baru la bawa ke PPUM.
Sekarang ni, mission untuk
banyakkan susu lagi dan kasi Muzaffar minum secukupnya. Semoga cepat membesar
ya, walaupun kamu dekat dalam rahim mami kecil je.
Notes: Apa yang liz cerita ni
pengalaman liz, tak semua akan mengalami pengalaman yang sama. Adioss!
alhamdulillah..membesar dengan jayanya ye..bgus liz..teruskn nyusu badan
ReplyDeleteSemoga Muzaffar membesar dengan sihat
ReplyDelete