MATERNITY PHOTOSHOOT BY SNAPPEEKBYAR

18 Oct 2017

MATERNITY PHOTOSHOOT BY SNAPPEEKBYAR |

Assalamualaikum ibu-ibu bapak-bapak semua. Alhamdullilah liz dah selamat pun melahirkan cikecit ni pada 19 September 2017 baru ni tapiiiiiiiiiii liz tak sempat nak update cerita ni sebelum liz bersalin. Liz buat maternity photoshoot ni masa liz pregnant dalam week 36-37 macam tu lah. Memang dah sarat! Kaki kembang semangkuk! Hidung lebar sejambak!

Mestilah tema biru.
Baby Boy!

Kasut ni beli last minute dekat Mydin. Kasut ni 1 y/o punya. 
Memang lambat lagilah cikenit ni nak pakai.

Fuh!!! Then bermula la persiapan yang berbahagia pada hari Ahad hari tu dengan beberapa props yang ada, masa tu  memang dah sarat sangat dah, dan setiap minggu ada je aktiviti untuk persiapan kelengkapan barang baby yang masih tak selesai. Teringin juga buat persiapan awal-awal tapi ditakdirkan kami masing-masing sibuk giler dengan kerja masing-masing. Balik rumah tu kalau boleh nak rehat & tengok tv je. Tapi sibuk-sibuk pun, liz memang dah masukkan list untuk buat maternity photoshoot sebelum cuti bersalin. Dijangka bersalin pada 3rd October, mana tahu liz bersalin awal pula week 38.

Kiranya lepas photoshoot tu then kena bersalin for the next other week pulak. Eh kena bersalin? Kenapa kena bersalin awal tu nanti liz cerita sebab liz bersalin sebab kena induce bukan natural pain nak bersalin. Tapi macam mana pun Alhamdullilah semua berjalan lancar. Dan ibu serta babynya sihat Alhamdullilah.

Memang masa terima berita nak kena bersalin tu, liz terus switch fikiran dan minda ni kepada benda-benda yang happy. Benda yang serabut kepala semua liz tak nak stress sangat fikir walaupun hakikatnya malam sebelum nak warded tu liz sempat lagi bukak laptop dan reply email-email kerja. Yeala rasa sebersalah juga bila tiba-tiba tak sempat nak hand over betul-betul pada rakan kerja liz dah kena cuti.

Okay sambung pasal Maternity Photoshoot ni, liz buat shoot dengan tempat yang dekat dengan rumah liz. Sah-sahlah yang dekat dengan rumah ialah Setia City Mall, dan view dekat sini memang cantik. Cuma kebetulan pagi tu hujan pula. Janji nak mula pada jam 9 beralih kepada jam 1030 macam tu.

Sempat lah pergi mamak dulu mengeteh. Tengok-tengok cara nak pose semua hehe. Liz bab-bab pose dan gambar ni liz suka walaupun tak brapa mahir. Liz tak banyak gambar dengan suami, suami tak suka selfie tak suka bergambar jadi moment macam ni la liz cuba ambil kesempatan untuk rakamkan moment terindah dan dijadikan album buat kenang-kenangan.


Tanpa membuang masa, ayuh kita mulakan mencampak beberapa keping gambar.






Kali ni props memang tak banyak sangat guna sebab yelah dah halal kan. Boleh posing pegang-pegang. Masa pre-wed photoshoot hari tu banyak guna props sebab tak boleh sentuh-sentuh. Sekarang ni rugi lah tak posing sentuh romantika sikit. Bukan selalu nak tunjuk loving shoot macam ni kat korang. Tak gitu~

Memang bulat semacam budak ni. 





Bersedia untuk meneran ye sayang.

Itu jela yek perkongsian gambar yang mampu sebab line tenet macam siput sikit dah ni. Photog kali ni ialah photographer perempuan tau dan memang sangat-sangat berseni dalam mencari angle supaya gambar nampak cantik. 

Kalau korang berminat korang boleh search Instagram dia dekat @snappeekbyar atau contact number dia (Wani) : 019-2544307 untuk pakej-pakej yang memang berbaloi. 

Liz buat shoot ni sesi sejam je tapi tidaklah sharp sejam terus off camera. Eah TAK! Photog ni baik hati orang nya siap tanya ada lagi tak shoot yang mana liz nak buat kite boleh teruskan sikit lagi. Tapi korang kalau tengah buncit macam ni memang tenaga pun tak kuat mana juga, semangat je lebih sebenarnya. Sebab tu penting korang cari photog yang boleh ambil gambar cantik dalam 1-5 shoot je untuk 1 angle. 

Lepas dah siap shoot ni, wani pun bagi soft copy terus dekat kita. Jadi kita kena la bawa pendrive siap-siap, dalam 200 lebih juga la gambar dalam nya. 

Okay, sesiapa nak cari maternity photo shoot yang murah dan bebaloi boleh cari Hani. Recommended!


6 comments

LEAVE COMMENT HERE.