REVIEW: PENCUCI MUKA BERASASKAN MINYAK KELAPA DARA DARI TROPIKA

30 Oct 2017

REVIEW: PENCUCI MUKA BERASASKAN MINYAK KELAPA DARA DARI TROPIKA | Assalamualaikum pecinta kecantikkan semuanya. 

Hari ni liz nak kongsi kan 1 lagi produk keluaran daripada Tropika Beauty iaitu pencuci muka yang berasaskan minyak kelapa dara. Kalau pembaca semua nak tahu, Tropika Face Cleasing Oil ni merupakan produk kecantikkan pertama yang dihasilkan oleh syarikat Tropika Beauty. Sebelum ni, kita semua tahu yang Tropika Beauty ni terkenal dengan produk penjagaan bayi dan ibu sahaja kan? Manatau, rupanya produk yang berasaskan minyak kelapa dara juga boleh menghasilkan pencuci muka pula. 


100 ML
RM 69.90 
* Tapi sekarang ada offer tau, RM 42.00 

Face Cleasing Oil ni dirumuskan menggunakan minyak kelapa dara, ekstrak akar licorine, dan minyak zaitun yang mencipta 3 dalam 1 fungsi iaitu untuk menanggalkan make up, membersih, dan melembabkan kulit supaya lebih segar dan lembut. 

Minyak kelapa dara (vco) kaya dengan lemak tepu yang menjadikannya pelembap semula jadi yang hebat. Minyak ini juga mengandungi asid laurik, yang mempunyai ciri-ciri antimikrob dan disinfektan, membantu menjaga, membersihkan liang-liang pori daripada tersumbat. Vitamin E pula membaiki sel kulit, sangat baik untuk mengurangkan garis halus, kedutan, dan bintik-bintik. 

Minyak zaitun adalah fungsi bahan sebagai agen pembersih tambahan dan selamat untuk digunakan di sekeliling mata. Bagi mereka yang kulit berminyak dan sensitif umumnya mendapati ester minyak zaitun mampu memberikan kesan yang lebih baik dan kurang cenderung meninggalkan kulit berminyak berbanding minyak biasa yang tidak diserap. Estrogen minyak zaitun juga menawarkan ciri-ciri anti radang dan boleh meniru sebum semulajadi kita. Ini adalah sifat penting untuk membuat kulit mendapat minyak semulajadi yang mencukupi untuk melambatkan pengeluaran lebihan minyak sambil mengunci kelembapan pada kulit. 

Kelebihan Face Cleansing Oil 

👉🏻 Dapat membersihkan kotoran dan Mekap.
👉🏻 Dapat menjadikan kulit lebih lembut dan lembap.
👉🏻 Dapat menyingkirkan lebihan minyak sebum yang menyebabkan. liang pori tersumbat.
👉🏻 Membantu merawat kulit kering dan kusam.



Contoh tekstur Face Oil Cleanser di atas, korang boleh tengok yang teksturnya memang sangat ringan dan cair sebab kandungan daripada minyak kelapa dara. Tidak berbuih seperti pencuci muka lain. Warna dia akan jadi warna putih bila kita bilas dengan air. 

Cara guna nya mudah giler :

1. Sapu dan ratakan pada kulit muka
2. Letak air dan teruskan urut.
3. Bilas dengan air dan lap muka dengan tuala.

Liz pula gunakan face cleansing oil ni sebagai make up remover. 



1. Titiskan face oil cleansing pada cotton pad. 
2. Sapu kan pada bahagian makeup.
3. Kemudian bilas dengan air dan lap kan pada tuala bersih. 

Untuk detail lebih lanjut:

Facebook - TropikaskincareHQ
Website - https://tropikaskincare.my

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.