MAJLIS PERKAHWINAN MEWAH DI BANGLO CASSA DETIK

6 Nov 2017

MAJLIS PERKAHWINAN MEWAH DI BANGLO CASSA DETIK | Assalamualaikum ➽

Cepatnya masa berlalu, pejam celik sekejapnya dah nak setahun berlalu. Liz ingat lagi, waktu macam ni kalau tahun lepas liz tengah pening-pening fikir nak buat majlis perkahwinan dekat mana tau. Lokasi perkahwinan memang memainkan peranan penting okay. Dekat dewan ke? Dekat rumah ke? Lepas tu, kena tengok juga keluasan dewan atau rumah dengan kuantiti tetamu kita yang bakal hadir tu nanti. Takkan la korang sanggup tengok tetamu korang kena beratur sampai luar pintu, nak duduk pun kena tunggu giliran. 

Specialnya buat mereka yang bakal berkahwin di area Kuala Lumpur mahupun sekitar Selangor, korang wajib tahu pasal tempat perkahwinan yang berkonsep-konsep ni. Faham-faham je la, kalau area Kuala Lumpur atau Selangor ni nak buat majlis perkahwinan kena booking awal. Ada kawan liz cerita masa dia nak kahwin dulu, dua tahun awal lagi dah kena booking dewan. Gilak!!! Lepas tu kelam kabut pula pasal caterer tak jumpa lokasi majlis. Aduh, pening!

Bagi sesiapa yang masih belum ketemu lokasi yang sesuai untuk majlis perkahwinan tu apakata usha-usha lokasi yang liz nak kongsikan ni. Nama diberi CASSA DETIK, dengar nama pun dah indah uit. Belum korang tengok gambar lagi. Confirm cair, berbunga-bunga jiwa raga tak sabar nak kahwin punya lah. Tiba-tiba terbayang majlis perkahwinan liz tahun lepas eah, rasa nak kahwin lagi pula. 


Ini baru gambar 1 pelamin dalam rumah banglo Cassa Detik tau. Liz belum tayang banyak lagi gambar yang cantik-cantik dekat korang. Mesti korang terus menggeletar tangan cari contact number Cassa Detik nanti. 

Sebelum korang kelam kabut, meh liz ceritakan sikit dulu pengenalan pasal Cassa Detik ni. Cassa Detik ni merupakan Banglo yang menganjurkan pelbagai majlis sebagai contohnya, majlis perkahwinan, majlis hari jadi dan juga seminar/meeting. Banglo Cassa Detik menawarkan lokasi yang dikelilingin dengan alam semula jadi sesuai buat mereka yang ingin lari dari hiruk pikuk suasana kota yang bising dan hanya 2.6 KM dari KLCC. 

Lokasi yang berlatar belakang kan Kelab Golf Royal Selangor. Keluasan 20,000 kaki persegi, tempat letak kereta yang mudah dan luas. Lepas tu, buat korang yang booking majlis perkahwinan dekat sini tempat tinggal tak payah risau dah. Ahli keluarga boleh bermalam dekat sini malam sebelum majlis berlangsung. Semuanya dah termasuk dalam pakej, jadi jimat duit penginapan buat saudara mara yang datang dari jauh tu. Lepas tu kan, eah ada lagi tau kalau la ada saudara-mara atau kenalan yang tak pernah pergi ke Penang Street Art tu, jangan tak tau yang dekat Cassa Detik ni pun ada tau Mural 3D eksklusif untuk para tamu. Havoc kan? Tak dapat bayangkan? Jom tengok gambar lagi.


Teringin duduk sebelah tu ke?








Macam mana? Ini baru sikit you alls, nak banyak lagi kena pergi usha dekat Website atau FB Cassa Detik baru korang puas hati. Kalau liz upload kesemua majlis yang Cassa Detik pernah organize, alamatnya sampai esok pun tak siap entry liz ni. 

Apakata liz cerita pasal pakej-pakej yang Cassa Detik tawarkan pula kan. Harga di bawah ni harga selepas diskaun tau tapi korang kena booking cepat sebelum hujung tahun ni tau, harga pakej dekat Cassa Detik ni liz rasa memang sangat bebaloi sebab semua harga tu dah include ALL IN semua yang diperlukan oleh bakal raja sehari. 




Harga selepas diskaun:

 RM 29.90,1000 pax before disk RM 34.90

 RM 34.90, 1000 pax before disk RM 39.90

 RM 39.90, 1000 pax before disk RM 44.90

Tadi kita cakap pasal pakej kan, dalam pakej ni dah termasuk sekali dengan baju pengantin yang cantik-cantik okay. Ye cantik, korang tak caya nah tengok gambar bawah ni, sikit jela share. Nak lebih-lebih korang kena tengok dekat Cassa Detik sendiri lah yek.




Kenapa pilih Cassa Detik:

1. FASILITI KAWASAN YANG LENGKAP, Kawasan Cassa Detik telah dilengkapi dengan kemudahan yang sepenuhnya untuk majlis perkahwinan korang.

2. MEWAH DENGAN HARGA BERPATUTAN, ruang banglo yang mewah dan cantik dengan tawaran harga yang murah berbanding di tempat yang lain. Perkhimatan juga disediakan termasuk dengan pakej korang.

3. CATERING IN HOUSE, kelengkapan catering yang menawarkan pelbagai menu mengikut kehendak pelanggan. 

4. SUASANA DAN RUANG YANG SELESA, ruangan yang disediakan mengikut majlis yang pelanggan ingin anjurkan. Selain majlis perkahwinan, ruangan untuk seminar, mesyuarat atau majlis yang kecil seperti sambuntan hari jadi, akikah, pertunangan juga ada disediakan di Cassa Detik. 

5. PAKEJ LENGKAP, tak payah pening dah nak cari orang caterer, mak andam, pelamin semua sebab Cassa Detik sediakan semua untuk anda di bawah 1 pakej. A-Z khatam terus pasal majlis korang. Tak perlu risau. 

Sekali lagi, liz nak pesan ni, kalau nak pilih lokasi perkahwinan, korang kena tahu apa ciri-ciri yang korang inginkan, dan lebih mudah bila lokasi tu menyediakan pelbagai kemudahan seperti Cassa Detik ni. Ciri-ciri keselamatan juga perlu di titik beratkan, jangan sebab nak cantik saje tapi ciri keselamatan dilupakan. 




Tak puas lagi tengok gambar dan nak tahu lebih detail lagi? 

Nah tengok video ni.

Nak tahu detail lagi? Apa tunggu lagi. 
Whatsap terus contact dibawah dan pergi melawat kawasan. Jangan risau, pengatur cara majlis di Cassa Detik ni ramah-tamah orang nya. Tanya lah banyak mana soklan sekali pun, segala impian yang korang inginkan, luahkan je pada pengatur cara Cassa Detik ni, harga boleh bincang ikut bajet pelanggan. 


WEBSITE: http://cassadetik.com/
FACEBOOK: https://web.facebook.com/cassadetik/?fref=ts
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/cassadetik/?hl=en
CONTACT: 017-6801336 or 012-3605416
EMAIL: info.cassadetik@gmail.com








Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.