SET BERPANTANG TERBAIK | TANAMERA SET

28 Nov 2017

SET BERPANTANG TERBAIK | TANAMERA SET 

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah hari ni baby Muzaffar dah pun masuk 2bulan usianya. Secara tak langsung liz pun dah telebih-lebih daripada berpantang pun ada sejak guna Set Berpantang Tanamera ni. Sebab set berpantang Tanamera ni bukan semata-mata orang berpantang je guna tapi orang yang nak cantik selepas berpantang pun boleh teruskan guna. Banyak juga la produk Tanamera yang liz guna lagi walaupun dah habis berpantang 44 hari tapi berpantang 100 hari tak habis lagi hihi. Ada yang liz refill beli tau dekat Website Tanamera, sebab memang liz sejujurnya memang suka dengan produk Tanamera.

Kalau korang tengah mencari brand mana untuk dijadikan set berpantang lebih modern dan ringkas. Liz memang cadangkan korang guna Set Tanamera sebab semua produk dan packaging dia memudahkan kita nak guna. Kalau yang jenis berpantang sendirian pun tak da hal lah. Sebab cara nak guna senang giler. Kalau korang follow liz dekat IG/ atau FB mesti korang tahu yang baby liz kena Jaundice sampai sebulan, jadi penjagaan diri tu kena tip top sebab pagi-pagi dah kena ke KK check darah baby. Penat tau. Mujur ada Tanamera ni. 


Produk-produk yang ada dalam Kotak Set Berpantang Tanamera.
Total produk yang ada dalam ni ialah 10.

1. Brown Formulation Body Scrub. 



125gm

Kalau korang tengok tekstur dalam gambar ni ada yang biji-bijian tu kan, ha itulah yang membantu untuk hilangkan daki dan sel kulit mati dekat badan kita. Perempuan masa mengandung ni hormon nya bertambah-tambah lagi-lagi kalau mengandungkan anak lelaki. Orang lain liz tak pasti macam mana, tapi liz sejujurnya memang kawasan leher, celah-celah berlipat tu naik berdaki. Memang itu benda yang paling mengejutkan waktu mengandung hari tu. Terus liz beli sabun scrub Tanamera ni dan pakai sampai sekarang. Alhamdullilah memang berkesan sangat. 

Bukan saja daki tau, tapi sabun ni meningkatkan pengaliran darah ke bahagian kulit. Bahan yang terkandung dalam sabun ni ialah:

- Kunyit
- Halia Liar
- Kulit Kayu Manis (elok untuk parut tau)
- Minyak pokok hilam (untuk kesan aromaterapi)

Cara penggunaan: 

- Guna pada hari pertama selepas bersalin (liz masa mengandung dah guna)
- Gosokkan sabun terus pada kulit masa mandi dekat leher, perut, ketiak dan bahagian berlipat yek

2. Herbal Bath 



10gm x 14 sachet

Yang ni wajib hari pertama balik dari Hospital dah kena guna sebab lepas bersalin badan tersangat lah letih. Yang ni dah siap dalam sachet, semua benda dah ada dalam tu. Tak payah kita nak susah-susah pergi cari daun ni, daun tu. Masa dalam pantang, mak liz tolong rebuskan ni setiap pagi dan liz request letak daun pandan sebab liz suka giler bau daun pandan campur dengan herba ni. Tenang!!! Wajib mandi sebelum bawa baby ke Hospital pagi-pagi barulah cergas sikit walaupun hati setiap kali dukung baby penuh kerisauan pasal jaundice dia.

Jujurnya sekarang ni liz masih guna mandian ni bila rasa badan letih. Lepas je guna mandian ni rasa segar dan tenaga tu lain macam sikit. Betul tak tipu tau. Walaupun liz mandi jirus-jirus je tak sempat nak menyental pun si kecik ni tak boleh kena tinggal lama-lama.

Cara penggunaan :
- Didih 1 uncang ni dalam 2 liter air selama 20 minit (barula air herba tu sebati)
- Campurkan dengan air suam masa nak mandi dan eloknya gunakan span baru boleh menyental
- Mula kan dari kaki ke atas anggota badan
- Setiap uncang boleh guna 2 x

Manfaatnya :
- Kaya dengan minyak pati yang berkesan untuk menyegarkan dan menenangkan badan
- Melegakan otot-otot yang lesu dan tegang
- Menyahbau badan
- Mengandungi bahan bersifat anti radang

3. Feminine Herba Wash 



10gm x 14 sachets

Part tut ni jaga betul-betul yek. Jangan lupa guna herba feminine wash ni sebab dalam sachet ni ada campuran herba beraroma kaya dengan pati minyak supaya cepat menyembuhkan luka jahitan dan memastikan bahagian genital sentiasa bersih dan tidak berbau. Yang ni wajib sangat korang titip beratkan, sebab liz nak cerita lah pengalaman sebagai ibu baru yang beranak ni, takut macam-macam. Di sebabkan liz layankan sangat sakit dan pedih dekat bahagian bawah ni, liz tak lap kering-kering sebab ngeri bila nak lap kat bawah ni. Akibatnya masa minggu kedua, masa nurse check, jahitan dekat EPI tu nak jadi nanah. 

Bayangkan lah, liz banyak habiskan masa dekat Hospital dengan baby kan, bergerak-gerak jadi tempat bawah tu bergesel kerap dengan pad maternity tu. Kuman sekejap je kalau nak jadi. Lepas tu terus insaf weh, setiap kali kencing, lap betul-betul. Lepas tu paksa diri rajin cuci dengan Herba Feminine Wash ni. Bila start nak ada nanah ni, memang berbau tau setiap kali buka pad. Mujurlah, liz sedar awal korang. Allah ngeri kalau ingat semula. Pedih, pun pedihlah, janji baik cepat. 

Cara penggunaan : 
- Rendam 2 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau korang boleh rebus atas dapur
- Boleh guna 2x sehari 
- Basuh bahagian genital bersih-bersih dengan air rebusan atau korang boleh rendamkan bahagian genital tu dalam air rebusan ni. Duduk je dalam besen besar tu, asal kena dekat situ tau
- Bila dah siap, dap-dap sampai kering tapi jangan bilas sebab biar ektraks rebusan herba tu serap ke kulit bahagian situ. 
- Baki air tu, boleh isi dalam spray nanti setiap kali lepas kencing boleh sembur situ

Manfaat-manfaatnya :
- Boleh guna untuk yang bersalin normal atau pembedahan 
- Mempercepatkan luka pulih
- Sebagai anti-bakteria sebab tempat tu kita akan keluar darah banyak tau
- Kaya dengan pati minyak untuk melegakan ketidakselesaan yang timbul
- Mengandungi fungsi anti radang bagi membantu mengurangkan bengkak 
- Menyahbau 
- Membantu menegangkan otot-otot tut (bersedia la weh 100 hari nanti)


4. Herbal Massage Oil, 100 ml 
&
 5. Cold Press Virgin Coconut Oil, 100 ml


4. Cold Press Virgin Coconut Oi, 100 ml 

VCO ni jadi wajib kena ada kalau korang nak bakar lemak. Dan semestinya bila pilih VCO, kita kena pilih yang Cold Press okay. VCO ni berkesan sangat untuk turun kan berat badan, menurunkan paras kolestrol, membaii keadaan kencing manis dan mengurangkan risiko diserang penyakit jantung. Yang paling utama VCO ni antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada kerosakkan radikal bebas termasuk kerosakkan yang berpunca daripada haba dan persekitaran. Kalau tengah hamil pun boleh guna sebab dapat mencegah tanda rekahan dekat perut, dekat kawasan berlipat pun boleh. Kalau da bersalin, korang boleh sapu tempat yang ada tanda rekahan tu. Cara guna senang je, sapu 2x sehari untuk kesan yang lagi okay kan, korang sapu selepas korang mandi pada kulit yang basah. 

Manfaatnya :
- Terbukti boleh mencegah, mengurangkan dan memudarkan tanda rekahan.
- Sapu pada tempat yang ada rekahan, perut, peha, pinggul dan punggung.
- Kaya dengan antioksidan semula jadi 
- Menanggalkan sel kulit mati pada lapisan luar kulit
- Berfungsi sebagai antiseptik
- Boleh sapu pada tumit merekah

 5. Herbal Massage Oil, 100 ml

Minyak yang diperkaya dengan herba tropika elok untuk peredaran darah dalaman si ibu. 

Cara penggunaan :
- Mula pada hari pertama dan digunakan setiap hari. Guna masa mengandung dan selepas bersalin
- Tuangkan minyak pada tapak tangan dan gosok bagi panas lagi minyak tu lepas tu baru sapu dekat badan. Liz berurut dengan bidan dekat Mentakab hari tu, liz kasi opah tu guna minyak ni. Memang best sangat-sangat tau. 

Manfaatnya :
- Boleh melicinkan dan melembutkan kulit
- Membantu menyikirkan toksin dari badan 
- Gosok pada bahagian leher dan pelipis bagi meredakan tekanan dan sakit kepala
- Merangsang peredaran darah
- Membantu menyikirkan air belebihan dalam badan


                                  6. Boreh Body Scrub 20 x 4 sachet 




Boreh scrub ni memang paling favorite lah! Bila guna memang rasa suci giler kulit sebab lembut halus je lepas bilas. Memang berkesan untuk buang sel kulit mati. 

Cara penggunaan :
Korang boleh start guna masa hari ke-5 tapi liz lewat sikit guna ni sebab baby Muzaffar kan jaundice jadi pagi tak boleh mandi lama-lama sangat. Liz start guna selepas sebulan tau. Alhamdullilah masih berkesan, sebab selama ni liz guna sabun brown tu je. Itu pun boleh hilangkan daki. 
Korang bancuh ni guna 1 sachet boleh guna 2x, mandi pagi pastu mandi petang. Tapi orang dalam pantang selalunya mandi sekali sehari je. 
Lepas tu sapu dekat kulit biar je dia kering kejap dekat kulit lepas tu gosok-gosok dengan arah berpusing tau. Lepas tu bilas macam biasa. 

Manfaatnya :
- Mengurangkan air berlebihan dalam badan
- Menyegarkan dan menguatkan otot-otot yang lesu
- Mengurangkan tompok gelap dekat kulit
- Merangsang peredaran darah

7. Herbal Tea 

 14 sachets 

Herba tea ni liz minum selepas baby Muzaffar discharge dari Jaundice sebab doktor memang tak bagi liz minum apa-apa herba sebab takut bacaan nya tak surut. Muzaffar memang kena prolonged jaundice adehla sebak hati ni. Hari-hari monitor najis dia, aktif ke tak. Sebab baby jaundice ni asyik nak tidur je kerja dia. 

Lepas dah sebulan baru liz minum, agak lewat tapi takpa la better late than never kan. Senang je nak guna, korang ambil se sachet lepas tu rendam dalam air suam pastu minum. Kalau takut rasa kunyit tu kuat, korang boleh letak madu. Sedap! Minum 2x sehari tau. 

Manfaatnya :
- Merangsang pembuangan darah beku dari rahim sepanjang tempoh pendarahan.
- Mengurangkan keradangan pada bahagian rahim dan bahagian genital.
- Memanaskan badan dan menggalakkan peredaran darah. 
- Melegakan sembelit


8. Firming Herbal Blend Paste / Tapel 15gm x 14 packet

Benda ni korang wajib tampal dekat perut walau malas macam mana sekali pun. Liz kalau nak sapu dekat perut, lepas sapu kat perut liz guna kain napkin tu tempel kat perut lepas tu baru pakai bengkung tu. Barula bila jalan tak berterabur jatuh pes nya tu. Lagi mudah kalau pakai kain batik, akan rasa lagi kemas. Double protection gitu. Huhu ~

Manfaatnya :
- Menguatkan otot perut
- Mengurangkan air berlebihan dalam badan
- Menegangkan kulit perut yang kendur. Ha ni yang kena rajin part ni.
- Merangsang pengaliran darah di bahagian perut
- Mengurangkan cacat cela yang ada dekat perut

Kalau operation jangan guna lagi tau, tunggu luka kering dulu. 

9. Abdomen Binder / Bengkung


Yang ni kalau nak tengok cara pakai korang boleh ke You tube yek. Macam pakai tali kasut je pun. Hari pertama liz pakai ialah masa minggu kedua, bila bidan datang ke rumah untuk berurut, dia pakai kan bengkung ni. Lepas tu liz buka buat jarang-jarang je. Kalau nak pakai sarung je pastu ketat kan je. 

Bagusnya bengkung ni dari jenama lain sebab bengkung ni ikat dari bawah dada sampai ke peha tau. Kenapa? Rasa leceh? Tapi nak cantik tak? Wajiblah pakai yang jenis macam ni.  Liz pakai start minggu kedua sampai la dah habis pantang cuma mengaku la kadang-kadang tu pakai kejap je. Sebab rasa liat sikit hehe ~ Even sekarang ni pun pakai lagi tau kan belum 100 hari lagi. Hihih ~

Manfaatnya : 
- Memberi sokongan sepenuh dari bahagian bawah payudara hingga ke bahagian pinggul dan punggung bagi membantu menghilangkan air berlebihan
- Untuk kemaskan kulit perut yang lendut tu
- Menenangkan kulit yang meregang dan menggeleber
- Menggalakan pengecutan serviks pada saiz sebelum hamil
- Menyokong postur belakang supaya tak membongkok ketika menyusu anak
- Bersalin operation pun boleh pakai ni 

Cara pakai bengkung.


Kalau korang beli set berpantang Tanamera ni korang tak yah risau sebab dalam kotak ni ada 1 buku manual yang terangkan semua cara dan manfaatnya. Memang puas hati pakai set Tanamera ni. Modern, sihat dan cantik. Sape tak nak badan cantik uitt!!

10. Calming Herbal Blend Paste / Pilis 


Lepas bancuh liz suka simpan dalam bekas ni, bila nak guna senang. Liz suka sapu nipis-nipis je sebab benda ni panas sikit mula-mula dah lama-lama baru biasa. Sebab tu liz suka ulang sapu banyak kali. 

Pakai ni untuk segarkan mata dan minda. Even dah habis pantang pun liz ada pakai lagi tau sebab kita kan still jaga anak. Malam-malam dia bangun menyusu memang akan buat kita mengantuk. Kalau malas pakai itu yang liz mengantuk semacam tu, pastu ngadu kat twitter mengantuk padahal salah sendiri. Sebenarnya benda tu dah mudah, kita je yang malas nak tampal kat dahi. Bukan perlu kena tumbuk pun, koyak je se sachet tu pastu bancuh dengan air pastu tampal kat dahi. Guna tak payah selalu, 2x seminggu pun dah okay.

Manfaatnya :
- Mengurangkan rasa mengantuk atau letih
- Mengembalikan keseimbangan minda, menajamkan pemikiran dan memberikan rasa ketengan 
- Mencegah / meredakan sakit kepala dan rasa berat dekat bahagian mata
- Menyegarkan minda 

FUHHHH! Penat tau liz type entry ni sebab nak korang tahu pentingnya kenapa kita kena setiap semua tu. Sebab tu gigih juga liz tulis manfaatnya. Sambil menaip ni, diri sendiri pun insaf juga bila ada yang liz skip. Tu yang liz masih lagi berpantang walaupun lewat sikit, baby jaundice bukan alasan tau. Memang letih sebab setiap hari pergi ke KK pergi hospital jadi bila balik tu dah letih. 

Alhamdullilah sekarang ni liz fully breast feed pada Muzaffar. Bangun tengah malam memang mengantuk uit, so siang hari liz cuba tenangkan diri rehat kejap ambil masa apply semua set berpantang ni. 

Nah belanja satu gambar I dengan Tanamera. Hot mami tak?


 Bye Adiosss!!! 
Selamat beranak dan berpantang u alls.

Detail:
https://tanamera.com.my/
https://www.instagram.com/tanameraofficial/


1 comment

  1. boleh tahu tak material bengkung tu material apa ye?

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.