WALLPAPER KAISON SIAP TAMPAL

5 Dec 2017

WALLPAPER KAISON SIAP TAMPAL | Assalamualaikum 

Hari Selasa dah kita hari ni kan. Cepat nya masa berlalu, makin hari makin sayu hati sebab tak lama lagi liz dah nak mula kerja. Maknanya terpaksa berenggang dengan baby Muzaffar selama 8 jam. 

Hari ni menitis juga la air mata tiba-tiba je tau mengalir masa tengok Muzaffar tidur selepas dia sesudah kenyang minum susu terlayu dekat riba liz. Uaghhhh nangis! 

Suami liz pun baru ni ambil cuti, clear kan Annual Leave dia. Jadi sama-sama dapat luangkan masa bersama dekat rumah buat aktiviti bersama. Termasuklah aktiviti memasang wallpaper. 

Hurmm sebenarnya wallpaper ni beli masa Muzaffar dalam perut lagi. Tapi tu lah, asyik takda masa je. Tapi kali ni, kena cari masa juga. Kena gigih kejar masa sebab masa tak tunggu kita. 


Nak gunting pun senang sebab belakang ada kotak-kotak dan garisan, confirm lurus. 

Atas ni lah dia wallpaper yang liz pilih dekat Kaison tu. Harga dia RM19.90 macam-macam corak ada, tapi liz pilih corak yang paling simple supaya senang nak meet match dengan deko bilik ni nanti. Banyak lagi nak kena buat dekat bilik beauty blogging ni, supaya semangat nak berblog & tambah kewangan sampingan ni semakin mencanak! Sebab liz bercita-cita nak resign supaya dapat spend banyak masa dengan anak. Doakan tau. 


Minta jasa baik suami untuk mengukur dindin hehe.
Yey my beauty blogging room. 


Nak tampal ni senang giler tapi nak buang angin supaya tak jadi gelembung tu payah sikit la sebab baru 1st time menampal benda ni. Jadi slow la sikit, kalau dah pro tu, sambil tutup mata pun settle lah. Kalau tersilap tampal pun tak da masalah, boleh betul kan, sebab boleh tanggal semula dan tampal balik. Gam pun tak yah beli, sebab wallpaper ni da siap dengan pelekat.


Siap sudah.
~ Good Nite ~

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.