SLEEP BRA SELESA SETAKAT NI

7 Dec 2017

SLEEP BRA SELESA SETAKAT NI | Assalamualaikum mami-mami 

Baru-bari ni liz pergi TCE Baby Fair dekat Mid Valley, aim dah awal-awal nak gerak ke booth Autumnz sebab nak borong sleep bra. Masa sebelum lahirkan Muzaffar, liz beli 2 helai je sebab baru nak mencuba kut okay ke kut tak oaky ke kan. Lepas dah lahir si Muzaffar ni, sejak asyik bengkak susu je, liz memang lagi prefer pakai sleep bra berbanding bra yang lain. Autumnz ni ada banyak jenis contohnya Comfort Bra, Moulded Non-Wired Bra, Sleep Bra Sofia & Sleep bra Tania.


Maybe sebab material dia, kain dia ni cotton tau, tapi stretchable cotton. Design dia pula macam sport bra cuma dia takda breast pad kat bra ni. So liz beli la banyak-banyak stok breast pad ni, kalau basah je, tukar letak yang lain. Nenen pun tak sakit uit, hahahahaha siapa dah jadi ibu mesti faham punya lah, pembaca blog liz pun dah ramai yang ibu-ibu kan, mesti korang faham kan kalau tengah bengkak susu tu, rasa macam nak meletup. Sebab tu liz sekarang ni malas dah nak pakai yang nursing bra yang ada cangkup belakang tu.


Kalau keluar jalan-jalan pun liz suka pakai sleep bra ni sebab rasa ringan je nenen hahaha. Walaupun tengah bengkak susu kaw-kaw, memang beza la dengan pakai nursing bra yang ada cangkup belakang tu. Yeala kalau yang ada cangkup belakang tu kan, dia nak jaga bentuk breast kita supaya tak labuh bila dah berat dengan susu. Tapiiii sakit weh, so untuk masa sekarang ni kalau untuk keselesaan liz memang suka sleep bra ni. Bukan la tak nak jaga kecantikkan untuk suami tapi untuk sementara waktu je, memandangkan liz memang tengah gigih kumpul stok ebm, makan pula banyak yang berkhasiat tu yang susu dalam 2 jam je dah bengkak.


Saja share, kut ada ibu yang sama macam liz tengah mengalami rasa tak selesa sebab bengkak susu tu boleh la cuba sleep bra autumnz. Ikut keselesaan korang nak yang mana. Liz borong kat fair sebab murah sikit RM18 kalau kat online atau kat lazada liz tengok dalam RM22 macam tu. Masa liz pergi hari tu, tak banyak design yang tinggal, yang ada pun kebanyakkan nya liz dah beli. Laju betul mami-mami pergi TCE borong sleep bra ni tau. 


Ni pula breast pad yang liz topup sebab sehari dalam 3 kali juga tukar. Lagi-lagi kalau nak kerja ni, risau pula ofismate bau masam susu je. Dahla setakat ke hari ni liz masih tak suka bau perfume, adooiii kena cari perfume yang kena dengan hidung. Dasyat betul mengandung kan Muzaffar ni , tak suka wangi-wangi, yang suka bau herba-herba je.

Okay la ye, nak sambung mengemas rumah pula. Sebab waktu malam je Muzaffar tidur lena. Siang dia banyak main. Bonding time gitu dengan mami. 

Adioos ~

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.