MAGIC JELLY LOVERA BANYAK MANFAATNYA

MAGIC JELLY LOVERA BANYAK MANFAATNYA | Assalamualaikum semua ⭐

Cepatnya masa berlalu, cuti bersalin dah nak habis laaa! Selama 3 bulan dekat rumah ni, boleh dikatakan tak sempat nak melawa-lawa sangat lah dekat rumah sebab si kecik ni kuat main waktu siang. Liz pun memang kalau boleh nak banyakkan masa dengan dia selagi boleh. Kalau dulu liz suka pergi salon cuci rambut, gunting rambut, terapi kan rambut & buat rawatan muka memandangkan liz kulit sensitif. tapi sekarang ni memang tak sempat sangat nak buat semua tu lagi. Dalam banyak-banyak part penjagaan kecantikkan, liz memang utamakan penjagaan rambut ni lebih sikit dari muka. Sebab liz akan mudah rasa sakit kepala, rasa serabut, rasa rimas dan panas kalau rambut liz tak terurus. Nak berfikir pun rasa sesak otak ni kalau rambut tak sihat. Lepas tu untuk penjagaan lain pula mesti terabai tapi tak sangka pula dengan produk Magic Jelly Lovera ni banyak kegunaannya, macam-macam manfaatnya. Beli 1 produk tapi boleh guna untuk 1 badan, dari hujung rambut sampai hujung kaki boleh guna tau.

Masa liz mengandungkan Muzaffar dulu liz ada alahan bauan, kalau korang baca blog liz, follow twitter liz, memang liz selalu share pasal masalah bauan ni, jadi syampoo liz pun ada 5 jenis jenama yang berbeza sebab hidung liz cepat loya dengan bau yang sama. Jadi nya rambut liz tak cantik macam dulu, banyak gugur, lepas tu liz mengalami masalah rambut kering yang kritikal. Kering segersang tanah tanpa air gitu, kulit kepala pun jadi gatal-gatal. Dulu masa kecik-kecik dekat kampung, nenek liz selalu tonyohkan aloe vera dekat rambut dan kulit kepala liz sebab dia suka sangat tengok rambut cucu dia berkilat dan lembut tapi sejak liz dah duduk dekat Selangor ni susah dah nak jumpa pokok aloe vera. Lepas tu bila waktu malam pula, tenyeh aloe vera dekat muka. Dulu banyak juga dekat kampung aloe vera ni, nenek yang tanam tapi sebab banjir hari tu, banyak hasil tanaman mati termasukklah pokok aloe vera ataupun lebih dikenali sebagai lidah buaya. 



Tapi itu dulu lah guna aloe vera kan, sekarang ni lebih mudah bila kita dah ada produk dari Lovera iaitu Magic Jelly. Picit-picit je dah boleh guna. Tekstur nya pula sebiji persis aloe vera yang kat pokok tu, untuk khasiat yang lebih hebat dalam Magic Jelly Lovera ni ada timun, sengkuang dan bunga chamomile. Produk ni selamat digunakan sebab dia takda paraben, takda warna tiruan, takda mercury, takda bahan yang merbahaya dan terbukti secara semula jadi tau.



Kalau tengok tekstur Magic Jelly Lovera ni dia berbentuk gel dan memang tidak berwarna. Baunya juga wangi dan formulasi gel ni mempunyai pelbagai fungsi dengan hanya 1 botol. Kiranya memang sesuai untuk yang nak berjimat, nak cepat dan untuk kegunaan pelbagai masalah kulit. Sebagai contohnya:

1. Merawat jerawat
2. Memudarkan parut 
3. Mencerahkan kulit
4. Merawat rambut kering
5. Menyerikan permukaan kulit
6. Melindungi kulit 
7. Antioksidan dan melambatkan penuaan
8. Melembapkan kulit 
9. Melembutkan rambut, kulit dan menyejukan kulit yang terkena dari melecur
Liz memang ada masalah kulit kering dan parut jerawat tau. Jadi nak cuba ni ketar-ketar juga sebab takut tak sesuai kan, jadi liz sapu kan dulu dekat bahagian dahi dan dagu. Kedua kawasan ni ialah kawasan kulit liz yang paling kering, jadi kalau pakai foundation mesti akan jadi pecah-pecah merekah tu. Sejak gunakan Magic Jelly Lovera, makin lama kulit makin lembut dan melembab je. Lepas tu baru perlahan-lahan liz sapu kan dekat pipi dan kawasan berjerawat. 


Nampak kan kesan hitam parut jerawat tu. Makin lama makin pudar redness juga. Syukur sangat. Liz buat sebagai make up base, Lepas cuci muka terus pakai Magic Jelly Lovera ni lepas tu liz pakai foundation Alha. Cantik haiiii! Liz tak pakai tebal sebab biar kasi kulit bernafas sikit even nampak parut jerawat pun tak pe yang penting nak kulit sihat macam kulit orang lain.

Mulanya liz gunakan Magic Jelly Lovera ni pada rambut je, sebab rambut memang tahap kering dan bercabang. Mungkin sebab liz dah gunakan macam-macam syampoo dalam masa sebulan. Semua pregnant la punya pasal. Bila guna Magic Jelly ni pada rambut, rambut pun makin lembut dan tak mengerbang. Boleh la feefeeling lepas rambut dekat rumah ajek-ajek macam model iklan rambut tu. Flip sana sini hihi. 


1 Beg... 1 Magic Jelly Lovera
Magic Jelly Lovera ni banyak fungsi nya, kalau untuk baby pun boleh guna terutamanya bila kena gigitan nyamuk atau serangga, dapat menghilangkan kegatalan dan mengelak dari terkesan dari parut gigitan serangga juga. Kalau kena dekat baby Muzaffar senang nak sapu, kiranya macam dia la tumpang barang mami pulak. Selalu barang dia je banyak bawak kemana-mana. Kali ni barang liz yang sebotol, dia pun boleh tumpang sekali guna. Jimat ruang handbag mami. 1 Beg .... 1 Magic Jelly Lovera tau.

Kalau korang rasa macam sangsi lagi kan, korang search je dekat Instagram Testimonal Magic Jelly ataupun dekat Website Lovera, fuhh dekat situ belambak orang share testimoni dan tutorial cara pakai. Boleh gunakan sebagai make up base juga tau, kalau korang takda primer, almaklum primer kan mahal weh. So korang tak yah gusar-gusar yek, Magic Jelly Lovera ni boleh gunakan sebagai primer dan juga boleh di sapukan dekat bibir. Elok siapa yang kerap pecah bibir dek sebabkan senang dehydrate tu. 

Tak perlu risau juga, produk ni memang dah diluluskan oleh KKM dan kilangkan dari GMP mengikut piawaian yang telah ditetapkan malah tiada sebarang bahan asas haiwan. Pasti HALAL!





Seronok kan bila tengok testimoni Magic Jelly Lovera ni. InsyAllah kalau kita usaha mesti akan pulih cuma kena try and error sebab kulit kita kan semuanya tak sama. Ada orang dapat kesan nya cepat, ada orang dapat kesannya lambat. Yang penting kena iktiar tau dan jangan give up. Liz pun tengah usaha juga ni nak flawless. Semakin yakin nak terus gunakan Magic Jelly Lovera ni. 

Kalau korang berminat juga nak beli, korang boleh beli dekat Website Lovera. Nanti detail dekat bawah ni yek:

Website: http://www.lovera.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/LoveraMalaysia/
Facebook: https://web.facebook.com/lovera.malaysia?_rdc=1&_rdr

0 Darlings:

Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.