PRODUCT PIGEON NEWBORN PURE UNTUK BAYI

10 Dec 2017

PRODUCT PIGEON NEWBORN PURE UNTUK BAYI | Assalamualaikum you alls cumi cumi ~ #trends kan lagu tu sekarang. 

Okay hari ni liz nak kongsi pasal rangkaian penjagaan kulit pilihan si manja Muzaffar Yafiq. Biasalah bila jadi ibu ni kita kadang-kadang sampai tak tahu nak pilih produk yang mana 1 kan? Sebab dekat pasaran ada terlalu banyak jenis dan jenama bayi. Jadi benda ni kalau liz tak share dengan korang liz rasa rugi pula. Terutama nya bayi yang fresh dari oven, yang memang kulit nya sangat-sangat halus dan lembut. Sebelum ni baby kita terlidung duduk dalam rahim, sentiasa diselaputi dengan air ketuban kan. Tapi bila dekat luar dia dah tertedah dengan udara dan bakteria. Sebab tu penting kena jaga kelembapan kulit bayi dan kebersihan dia. 

Alhamdullilah sangat Muzaffar sejak keluar dari perut liz, sampai sekarang dia tak da alami masalah kulit bersisik, merekah ke apa semua tu takda. Licin je kulit nya, kulit kepala pun tak da kerak. Kurniaan sangat untuk baby Muzaffar. Tapi ada terjadi 1 kes baru-baru ni bila Muzaffar naik ruam sebab kan liz salah makan. Tapi sekejap je hilang, ha nanti liz cerita kan kat bawah ni pada korang.


Liz sebenarnya tahu pasal Pigeon ni dari Blogger Ayue Idris, sebab asalnya Muzaffar ni tiba-tiba tak suka minum botol jenama A. Lepas tu kak ayue pun suggest la liz guna kan brand Pigeon, lepas tu bila dah tahu pasal brand Pigeon ni, segala semua produk Pigeon lah liz kaji. Itu yang dari hujung rambut sampai hujung kaki liz gunakan barang Pigeon kat Muzaffar. 

Lengkap Set Pigeon untuk Baby Muzaffar

Mulanya liz ingat semua barang baby ni sama je formulasi nya rupa-rupanya ada beza di situ. Set produk Pigeon NewBorn Pure ni ada formulasi Natulayer iaitu dwi lapisan perlindungan dan keselesaan untuk kulit bayi yang berlipat ganda. Kajian ni memang terbukti dari segi saintifiknya tau, bukan saja-saja cakap sebab tu liz yakin guna produk Pigeon NewBorn Pure tanpa rasa sangsi dekat baby Muzaffar. Natulayer ni menyerupai Vernix, vernix ni pula macam lapisan pelembab yang ada dekat kulit bayi secara semula jadi sebab tu bezanya kulit bayi dengan kulit kita. Kulit kita orang dewasa ni rasanya dah hilang dah vernix tu. Sebab tu orang tua pun kena jaga kelembapan. Jadi kalau untuk bayi ni, kita kena jaga supaya kulit bayi kita sentiasa lembut, gebu dan sihat dengan gunakan formulasi yang ada Natulayer. Selain tu juga, dalam Natulayer ni ada Ceramide, fungsi dia mengekalkan kulit bayi lembut dan hydrated. 

Ini lah dia 5 barang yang ada dalam Set Pigeon NewBorn Pure 

1. NewBorn Pure Purifying Body Wash 
2. NewBorn Pure Nourishing Shampoo 
3. NewBorn Pure Moisturizing Lotion 
4. NewBorn Pure Protective Cream 
5. NewBorn Pure Calming Oil 

Antara panduan kalau nak pilih barang bayi ni kan, pastikan bahannya dah lulus Ujian Dermatologically. Bebas dari Paraben, Formaldehyde, Alcohol, dan bahan yang tak merbahaya kan bayi. Pastikan produk yang kita guna tu tak hilang kan kelembapan pada kulit bayi dan menyeimbangkan level pH pada kulit bayi.



Seronok baby Muzaffar mandi guna Pigeon NewBorn Pure Purifying Body WashPigeon NewBorn Pure Nourishing Shampoo. Waktu mandi la juga bukan je boleh bonding dengan mami tapi bila setiap hujung minggu Muzaffar lebih-lebih seronok skin to skin dengan abah dia waktu mandi. Sebab tu kalau waktu mandi Muzaffar seronok, nangis pun tidak. 

Baiknya dia. Rasa nak gigit tengok! 
Baru genap 2 bulan masa ni, rambut botak baru lepas bercukur jadi Muzaffar skip, tak pakai syampoo.


Baby kita akan rasa sangat tenang bila kena urut. Jadi lepas mandi, liz akan gunakan lotion dari Pigeon, bau dia lembut, bila sapu dia meresap terus dalam kulit dan bestnya tak melekit. Even, kalau kita basuh tangan pun, kita tak kan rasa berminyak macam pakai lotion yang lain. 

Bila waktu malam, mandi petang baru liz akan pakai kan calming oil, urut-urut dia sebab waktu siang Muzaffar memang baby yang aktif, dia bukanlah yang suka tidur siang. Siang dia memang kuat main, jadi bila mandi petang tu liz akan urut badan dia, kaki, tangan dan bahagian belakang badan dia dengan calming oil. Lepas waktu magrib, memang lena sangat tidur. Bangun pun kena kejutkan suruh minum susu. Kalau tidak, susah nya nak bangun. Sebab waktu malam susu selalunya pukul 10 malam dan pukul 3 pagi. 

Lagi 1 kan, liz selalu juga follow tips-tips dekat Facebook Pigeon sebab dekat Facebook Pigeon banyak info pasal bayi. Cara urut pun ada, liz ikut step dekat bawah ni la sambil gunakan calming oil tu urut Muzzafar. Kalau korang tengok Facebook liz pula, ada liz share video Muzaffar cuba meniarap, walaupun dia baru 2 bulan 19 hari masa tu. Sebab urutan ni memang membantu pelancaran darah dan deria rasa si manja kita. 


Pigeon ni dah 40 tahun berpengalaman menghasilkan produk penjagaan bayi dan mendapat sokongan dari ramai pasukan penyelidik. Produk Pigeon ni memang mahal sikit dari produk lain sebab formulasi Natulayer, itu yang membezakan Pigeon NewBorn Pure dengan produk bayi yang lain. Sebab tu kalau korang gunakan barang mandian pada bayi tiba-tiba kulit dia kering, meradang tu mungkin sebab produk mandian tu terlalu tinggi bahan kimianya. Jadi hati-hati okay bila pilih barang mandian untuk bayi yang baru lahir terutamanya 0-3 bulan ni. 

Kalau protective cream tu liz jarang guna sebab Muzaffar bukan jenis yang beruam, cuma ada 1 kes bila liz minum soya tiba-tiba Muzaffar naik ruam teruk dekat kepala dan muka masa tu liz dekat rumah mertua, Ya Rabbi memang risau sangat-sangat. Tak terfikir pasal soya tu, jadi penting la bila travel kena standby protective cream ni walaupun kita tak pakai kan selalu. Bila tiba-tiba terjadi kes macam ni boleh cepat-cepat sapu dekat kulit baby kita.


Bonding time ni penting tau, bukan je dengan ibu tapi dengan ayah pun penting juga. Kalau waktu menyusu memang fully dengan ibu kan, ayah macam mana pula nak bagi susu, nenen depa kalau ada susu lain la cerita haha. Jadi waktu mandi la yang sesuai untuk skin to skin ayah dan bayi. Penting kita amalkan skin to skin ni, dapat eratkan kasih sayang ayah dan anak. Bayi kita pun cepat mengenal siapa ayah dan ibu dia. Kasih sayang melalui sentuhan memang sangat-sangat ditiberatkan, sebab tu masa liz pergi kelas dekat PPUM hari tu pun, dorang dah cakap, lepas je bayi dilahirkan dia terus letak dekat badan ibu. Skin to skin moment. Rasa kasih sayang tu InsyAllah dapat eratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak, ayah dan anak & mestilah juga ibu dan ayah. 

Untuk keterangan lanjut pasal produk ni korang boleh rujuk seperti di bawah:


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.