TUMMY TIME DENGAN BABY MUZAFFAR

11 Dec 2017

TUMMY TIME DENGAN BABY MUZAFFAR |Assalamualaikum 

Lagi beberapa hari je menghitung hari untuk baby Muzaffar mencapai usianya 3 bulan. Sepanjang cuti bersalin ni, agak banyak juga lah aktiviti dengan baby liz buat dekat rumah. Pembacaan pun boleh tahan juga, sikit-sikit baca lepas tu buat. Kadang-kadang memang tak sempat nak buat semua aktiviti dengan baby bila duduk berdua dengan baby tapi yang best bonding time tu lebih privacy tau, itu yang seronok sangat!

Alhamdullilah boleh lalui hari-hari berdua setiap hari weekday dengan baby mengikut jadual cuma mula-mula tu agak susah juga, sebab baby Muzaffar macam takut tinggal sorang-sorang, nak melekat je dengan badan. Nak masuk 3 bulan ni, dia dah mula pandai bawa diri. Letak bawah playground mat dia pun senyap je, kecuali nak susu. 

Antara aktiviti yang liz buat setiap hari dengan baby Muzaffar ialah Tummy Time. Sebab tummy time paling senang nak buat, setiap kali lepas tukar pampers kita boleh buat tummy time ni sebab masa ni keadaan dia yang kering, pampers pun ringan, dia pun ceria je mood nak exercise. 

Kadang-kadang liz buat waktu pagi selepas Muzaffar mandi, itu pun kalau dia tak mengantuk. Kadang-kadang lepas mandi dia nak susu. Jadi kalau lepas susu, dia tak buat tummy time sebab perut tengah penuh tak elok kasi dia meniarap nanti muntah pulak. 


Kalau mood dia ceria dan aktif seharian, liz memang akan bawa keluar yoga mat. Boleh lama sikit dia main atas mat ni, tangan tu dah mula nak gerak ke depan. Kaki pun asyik menendang-nendang je. Tapi tangan kiri Muzaffar masih belum boleh gerak ke depan, tangan kiri dia berat sikit berbanding tangan kanan. 


Masa ni Muzaffar baru usia 7 hari. Abah nya jemur dia depan rumah kononnya antara altenatif untuk turun kan Jaundice, Muzaffar ditakdirkan kena prolonged jaundice. Kecik-kecik dah kena duduk meniarap macam tu, masa 7 hari ni pun, sebab dekat hospital masa kena duduk bawah lampu tu nurse niarap kan macam ni, itu yang balik rumah pun kami buat macam tu dekat Muzaffar. Tapi asyik nak mendongak, tu yang Malan urut-urut sikit kepala suruh stay sebab risau pula silau matahari. Masa ni kami tak terfikir pun pasal kepentingan tummy time ke, pasal mission nya untuk turunkan bacaan jaundice je. Tapi bila sekarang ni asyik buat tummy time, baru teringat moment gambar dia masa 7 hari rupanya dah kena meniarap rupanya hehehe~ Muzaffar dia tak suka sangat kena meniarap, kalau nak suruh tidur meniarap pun susah sangat. Mesti dia tersedar kalau telungkup kan dia, melainkan kalau dia betul-betul hayal tahap buat apa pun dia tak sedar baru la okay. Bukan apa, tidur meniarap ni bagus sebab baby tak terkejut, dapat elakkan dari tersedak dan tidur pun lena tapi bahaya nya pula kalau baby belum boleh angkat kepala nanti dia lemas kalau dia terlungkup hidung nya tu dan tak dapat nak angkat. Kalau ada kita asyik tengok dia sentiasa takpa lah. Sebab tu masa usia dia 1-2 bulan liz nak mandi, nak kencing, nak berak nak buat apa pun memang letak dia depan toilet. Takut uittt kalau jadi pape. 


Masa buat ni, nenek dengan mak liz ada dekat rumah. Kemain risau dorang, kenapa buat macam ni dekat Muzaffar, kecik lagi budaknya. Kesian dia. Hihi orang dulu-dulu tak tahu tummy time tu apa, liz pun bukan la tau pun asalnya, tapi baca dekat dalam majalah parents. Itu pun, orang yang bagi, bukannya beli. 


Masa ni dah masuk sebulan lebih, bila baru nak mula buat semula aktiviti ni, Muzaffar dah start macam malas. Dia terbiasa dengan nak tidur je, baby jaundice kan kuat tidur. Tummy time penting sebab untuk kuatkan tulang tengkuk baby kita, kuatkan bahu dia, dan tulang belakang dia. Nak tahu banyak lagi pasal tummy time. Korang sila la google yek. 


Kecik sangat Muzaffar ni, suami liz pun tak sanggup tengok anak dia kena exercise macam ni. Sebab tangan dia kecik, kepala dia kecil, suara pun kecik je tau. Sebab tu, liz kalau nak buat tummy time suka buat dekat bilik. Hihi~ berdua je dengan baby takda sape-sape tegur. Masa ni, gigih Muzaffar nak angkat kepala. Memang kesian dengar suaranya tapi comel. Liz tak buat lama pun, dalam 5-10 saat je. Baby kita kan tak sama, jadi most of the time liz lagi suka buat tummy time dia dekat dada liz. Manja pun manja lah, rasa dia selesa sangat duduk melekap dekat dada. 


Masa ni pula Muzaffar lagi 2 hari nak masuk usia 2 bulan. Buat tummy time dengan abah dia waktu malam. Waktu malam je la nak bonding dengan anak pun, jadi ayah-ayah di luar sana tu jangan lupa ye korang dah ada anak. Hihi ~



Bila letak dia tummy time bawah mat colourful ni, tahla apa nama panggil ni maaf ye ibu-ibu, saya lupa mainan ni panggil apa. Ha, bila letak dekat bawah ni, mata dia mula pandang dengan benda yang menarik perhatian mata dia. Kalau panggil-panggil pun, tak mahu nya dia pandang liz. Asyik fokus nak pergi dekat butterfly tu. 


Latest pic hari sabtu 9th Dec 2017. Masa ni usianya 2 bulan 20 hari, panggil nama Muzaffar, pandai la dia dongak cari mana mami dia. 


Bila panggil Muzaffar banyak-banyak kali, mami dia buat suara comel-comel, cini-cini, au cak la, macam-macam la. Lepas tu, kaki pun dah berkembang, nak menolak-nolak gerak ke depan. Kalau boleh kan, korang jangan pakai kan stocking selalu sebab kaki baby nak merasa gerak-gerak kan jari dia. Kalau lambat kita buka, jadi lambat sikit la perkembangan dia. Macam sarung tangan dia pula, masa usia sebulan liz baru buka. Ikutkan lagi awal lagi bagus tau korang buka tapi sebab kuku Muzaffar ni panjang, dan jari dia pula jenis jari bunting serai tu. Runcing uit, siapa yang tengok mesti kata macam jari pompuan. Hihi ~ Halus je, takut sebab halus sangat so liz pakaikan dia mitten tu. Tapi kalau pergi Shopping Mall, liz memang pakai kan dia sarung kaki sebab dekat mall sejuk, mitten pun standby dalam handbag kalau dia sejuk sangat, liz akan pakai kan dia mitten tu. 

Main dengan anak dah kau yek liz. Rasa macam tak percaya juga aku ada sifat suka budak-budak ni, sebab siapa yang kenal liz memang tahu sangat liz ni tak reti main dengan budak. 

Okay la GOOD NITE! Apa yang liz share ni pengalaman liz as mami baru nak belajar jaga anak. Berbeza bayi, berbeza perkembangan tau. Jangan risau, enjoy je the moment kita dengan anak sewaktu cuti berpantang ni tau. Ada bayi cepat, ada bayi lewat sikit. Yang paling-paling penting ialah bayi kita sihat. Ingat tu ~ kesihatan lebih di utama kan. 

Assalamualaikum. 

2 comments

  1. alolo..kenapa comel sangat..ahak..kalau dekat hospital, kene kuning baby di meniarapkan macam ni..tapi akk tak berani buat..hahaa..

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.