BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENCE

26 Jan 2021

BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENCE 

Macam mana nak dapatkan duit daripada google adsence dengan cepat? Ramai orang suka duit, dahlah suka duit, nak duit cepat pulak tu.




Ada ke orang suka duit dapat lambat-lambat? Jadi kalau nak sesuatu dengan cepat, kerja pun kena cepat. Perkara pertama yang terjadi pada blog ni dulu ialah liz tukarkan domain blog ni dari www.beautyliyliz.blogspot.com tukar kepada www.liylizyusof.com Kemudian, kawan liz tolong letakkan ads liz dekat tempat yang betul, tahun-tahun sebelum ni liz memang dah ada google adsence tapi earning blog liz cuma dalam 0.01 sen sehari, kadang-kadang 0 ya haha. Paling tinggi pernahlah dapat 0.20 usd tapi selepas set up betul-betul ads dekat blog liz. Sehari paling rendah pun averange at least mesti 1 Usd. Paling tinggi pula liz pernah dapat ialah 20 usd sehari. 


Sebelum tu, mestilah dalam blog kita perlu ada banyak entry yang evergreen. Maksudnya entry yang kekal lama, dan bukanya yang viral. Kalau yang viral ni, memang bagus untuk kita dapat PV tinggi, dapat income banyak tapi content tu akan hangat pada waktu tu je. Sama dengan content update drama, cerita tentang artis, gosip, dan bagai-bagai lagi yang hangat. Kalau korang ada masa dan minat untuk update kisah-kisah macam tu korang boleh buat. Sebab ya memang dengan cara tu pun boleh dapat pv tinggi, bila pv tinggi, bayaran pun InsyAllah google bagi pun banyaklah.


Maybe ada kawan-kawan liz yang bukan blogger ni, korang tak faham macam mana duit boleh dijana dengan blog? Senang cerita, kalau korang masuk blog orang tu korang nampak ada iklan kan, haa dari situ la blog tu earning. Dapat duit.. Siapa boleh ada google adsence? Semua orang boleh ada, tapi syarat nya kena apply google adsence dengan google sendiri. Kalau blog korang lepasi kriteria yang ditetapkan, dapatlah korang google adsence tersebut. Kiraan duit dapat banyak ke sikit, bergantung pada orang yang datang baca blog korang. 


Lebih-lebih detail lagi, korang boleh search google, sebab liz bukanlah pandai mana pun bab-bab blog ni, liz punya content blog cuma dari hasil sharing pengalaman, share tempat makan menarik, share lifestyle dan share tentang skin care. 


Apa-apa pun yang korang nak update mestilah kena dengan jiwa masing-masing, kita jangan judge orang dan persoalkan kenapa tengok blog orang tu buat macam tu, kenapa blog orang ni buat macam ni. Korang kena tahu dan faham yang bukan korang bagi anak beranak keluarga tu makan. Jadi masing-masing sekarang ni orang struggle buat sesuatu tu sebab masing-masing ada target yang berbeza untuk dicapai. 



Liz guna CIMB Bank charge tolak hanya RM5 sahaja
Lepas tu jelas earning liz 141.67 usd x 3.9512 = RM559.77

Perasaan liz, tak payah ceritalah.. korang mesti tahu kan.. Siapa lah tak gembira bila dah blogging bertahun-tahun akhirnya dapat juga income dari blog sendiri kan. Semoga Yusmarliza binti Mohd Yusof sentiasa dilimpahi rahmat dariNya. Ada extra income setiap bulan, lagi-lagi dengan keadaan sekarang ni boleh bantu family, boleh bantu orang yang memerlukan. Jadi last but not least tepek sini bayaran pertama dengan google adsence sebagai kenangan. 

   Assalamualaikum Bye.

3 comments

  1. alhamdulillah. tahniah. banyak tu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Padu tu Liz. Thanks sharing. Kite sen2 je. Baru nak merangkak balik ni cari jalan. Rindu nak menaip. hehe

    www.naniey.com

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.