RESEPI ROTI PITA DAGING BLACKPEPPER CHEESE

31 Jan 2021

RESEPI ROTI PITA DAGING BLACKPEPPER CHEESE

Menu makan malam atau menu sarapan pagi sangatlah sesuai kalau buat roti pita daging lada hitam cheese ni untuk dihidangkan pada seisi keluarga. Mudah dan sedap!



Kadang-kadang tu kalau dah 24 jam duduk rumah masak makan masak makan ni, memang jem otak tak da idea nak masak apa dah. Sebab dah terasa berulang-ulang masak benda yang sama. 

Jadi untuk korang yang dah rasa jemu dengan makan malam atau sarapan yang sama berulang kali, boleh cuba menu Roti Pita Daging Lada Hitam ni.

Bahan-bahan:

1. Roti Pita (apa sahaja jenama) *Kena bakar dulu tau 10 minit

2. Daging burger (apa sahaja jenama) saya guna Ramli Burger

3. Bawang putih 3 ulas

4. Bawang merah 2 biji

5. Serbuk lada hitam & sos lada hitam (pilih salah 1 pun boleh)

6. Serbuk daun origano (kalau takda pun takpe)

7. Sos cili (2 sudu)

8. Slice keju 1 keping (nak rasa creamy sikit)

9. Thousand island (ikut suka kalau nak)

9. Sayur-sayuran (ikut suka) hiasan



Cara-caranya:

1. Masukkan sedikit minyak tunggu panas.

2. Kemudian masukkan bawang putih yang dihiris halus.

3. Kemudian, masukkan cili sos/lada hitam/origani/ Masukkan daging cincang ramli. Goreng sampai masak sikit.

4. Masukkan pula slice keju gaul-gaul dengan daging sampai sebati. 

5. Tabur sikit garam kalau nak.

6. Daging lada hitam yang dah siap masak tadi tu, boleh gaul dengan thousand island terlebih dahulu.

7. Kemudian masukkan dalam roti pita beserta sayur-sayur dah siap boleh makan. 











Selamat Mencuba!
Resepi mudah sangat ni.
Husband liz makan 1 tak cukup, sampai makan 3 keping tau.








Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.