4 Dec 2020

CARA BUAT CUPCAKE COKLAT MUDAH DENGAN ANAK

 CARA BUAT CUPCAKE COKLAT MUDAH ANAK |

        Cara buat cupcake yang mudah giler, guna bahan apa yang ada dekat rumah. Kalau korang sejenis yang ada buat kuih muih, mesti akan ada bahan-bahan ni. Liz rasa perlu share resepi dan cara liz buat ni sebab, liz buat dengan anak liz yang berusia 3 tahun pun jadi hasilnya. Tiada kejadian kek bentat dan lembik ya. Kek yang terjadi sangat cantik!


BAHAN-BAHANNYA:

1. Telur 3 biji 

2. Gula halus 1 1/2 cawan

3. Susu pekat 1/2 cawan

4. Serbuk koko 1 cawan

5. Tepung gandum 2 cawan (ayak)

6. Baking powder 1 sudu kecil

7. Soda bikabonat 1 sudu kecil

8. Minyak 1 cawan

9. Air panas

CARA-CARANYA:

Masukkan telur dan gula, kacau sampai sebati. 

Masukkan susu pekat, sambung kacau sampai sebati.

Masukkan serbuk koko kacau lagi sampai sebati.

Masukkan tepung, perlahan-lahan dan tak perlu pukul beriya cukup sekadar sebati kan dia. 

Masukkan 1 sudu kecil bikabonat dan baking powder.

Masukkan minyak kacau lagi sampai sebati.

Last masukkan air panas dan kacau.

Kemudian tuang masuk ke dalam cup korang.

Nak tabur perhiasan ikut suka u alls.




Masak dalam oven 40 minit, api atas dan bawah, suhu liz guna 170. 



Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.

Latest Instagrams

© Liyliz Yusof. Design by Eve.