RESEPI GULAI LABU | MASAK LEMAK PUTIH LABU DAN TAUHU MUDAH
Nak masak lauk labu ni paling senang sebenarnya, kalau dah tak tahu nak makan apa. Boleh lah beli labu dan dibuat masak lemak putih. Selalunya liz masak labu sahaja tapi kali ni liz tambah tauhu sekali dalam gulai lemak putih kali ni.
BAHAN-BAHANNYA (UNTUK MAKAN 6-8 ORANG)
- 1 BIJI LABU
- SANTAN (1 BUNGKUS)
- TAUHU LEMBUT (2 BUKU)
- SEGENGGAM IKAN BILIS
- 2 LABU BAWANG MERAH
- CILI (IKUT NAK PEDAS KE TIDAK)
- GARAM SECUKUP RASA
CARA-CARANYA (IKUT STEP SEPERTI DALAM GAMBAR)
1. Iriskan labu bentuk sederhana kecil, jangan kecil sangat. Nanti hancur pula dalam gulai nanti.
2. Masukkan santan kotak atau santan perahan. Liz masukkan santan yang perah sendiri. Jadi santan ni dah siap campur air.
2. Masukkan hirisan bawang, ikan bilis dan tauhu ke dalam gulai lemak labu ni tadi. Dan biarkan dia menggelegak dan masak.
Post a Comment
LEAVE COMMENT HERE.