HANTARAN BERTUTUP VIRAL 2020 | BAJET HANTARAN BERTUTUP

26 Dec 2020


HANTARAN BERTUTUP VIRAL 2020 | HANTARAN BERTUTUP KALIS MAKCIK BAWANG BAJET UNTUK MEMBUATNYA

    Cara buat hantaran bertutup paling senang untuk kenduri yang berjauhan. Contoh, Pahang ke Perak. Masalah untuk bawa hantaran tu akan jadi satu masalah juga merupakan satu masalah kalau pasangan berasal jauh-jauh. Jenuh kalau nak beriba hantaran tu sampai ke destinasi. Belum lagi nak letak beg kain semua, jadi kebanyakkan nya mesti beriba hantaran tu kan. Risau pula nanti goyang sana sini, habis terbalik hantaran tu jadi cerita lain pula. Jadi hantaran bertutup ni sangat releven untuk mereka yang nak mudah dan simple. 



        Liz akan share juga bahan-bahan untuk membeli hantaran bertutup ni di Shopee memandangkan tahun 2020 merupakan tahun kita diarahkan untuk kurangkan perjalanan dan duduk diam di rumah. Jadi liz memang duduk diam di rumah. 

Bahan yang diperlukan untuk membuat hantaran bertutup:

  • Kain 1 meter untuk setiap 1 hantaran 
  • Kotak hantaran boleh ikut pilihan masing-masing
  • Dulang hantaran 
  • Bunga ikut selera masing-masing
  • Gam (hot glue gun) 
  • Jarum peniti jika perlu


Mana nak beli kain hantaran bertutup? Okay liz nak share 1 seller shopee ni sebab penghatarannya pun sangat cepat dan ada pelbagai pilihan warna mengikut selera bakal penganti. Liz pilihkan warna light brown hantaran bertutup kali ni. 



Harga kain hantaran bertutup ni RM3.50 semeter dan liz beli 7 meter untuk 7 dulang. Total harga kain ialah RM24.50 campur postage RM28.97 


Liz beli bunga dengan sini total harga bunga untuk 7 dulang ialah RM66.80 bunga ni pilihan masin-masing dan bunga yang liz pilih yang agak mahal sikit sebab memang nampak fresh.


Untuk kotak hantaran betutup ni liz pilih saiz 5x10x10 memang sedang-sedang cantik je atas dulang hantaran nanti. RM7.90 total RM59.66 untuk 7 kotak hantaran ni. 


Kedai ni dulang hantaran dekat Setia Alam je ni tapi waktu ni kedai ni hanya beroperasi online. Jadi liz pun order online tengok katalog dekat Shopee dan whataps seller. Dulang yang liz ambil tu hargan RM9.90 x 7 = RM69.30 

Harga dalam RM224.73 untuk barang atas ni semua ni, macam barang kecil-kecil tu liz tak kira lah. Kiranya ini lebih kurang budget untuk 7 dulang hantaran bertutup. Kalau korang rasa nak buat dulang hantaran bertutup boleh la cuba beli dekat seller ni manatau boleh la meringankan bakal pengantin yang tengah pening nak cari kain ela tu ke dekat mana kan? Kalau korang nak tahu cara buat hantaran ni senang je, korang boleh youtube tajuk "Cara buat hantaran bertutup" akan ada banyak sangat channel yang share cara buatnya. Caranya sangat mudah!! Cuma agak mencabar tempat nak cucuk bunga sebab korang akan rasa ala sayang nya tebuk kain ni.. hehe gituh..




Liz banyak follow idea-idea di Pinterest, kalau korang berminat untuk buat hantaran bertutup ni sebagai hantaran nikah korang, boleh lah search dekat Pinterest ya. Banyak idea yang menarik dekat sana. 








Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.