PELAKON HANNAH DELISHA KINI BERHIJAB | WATAK AMANI DALAM CINTA SEKALI LAGI
Amani dalam cerita cinta sekali lagi, watak yang netizen tengah benci dan sakit hati bila tengok sekarang ni. Cerita ni dalam slot akasia Isnin hingga Jumaat. Haish liz sendiri pun rasa geram tau tengok, tapi dalam geram rasa melt tengok si pelakon ni sebab terlalu cantik tapi pegang watak jahat pulak.
Jarang lah nak tengok Hannah Delisha pegang watak macam ni tapi dalam cerita ni memang sesuai sangat. Memang sangat menjadi watak jahat amani dalam cerita ni. Disebabkan cerita CINTA SEKALI LAGI ni telah membuat liz stalk Hannah Delisha ni dekat Instagram. Terkejut!!!! Sebab rupanya dia dah berhijrah dengan penampilan baru pada 7 September 2020. Laaa rupanya dia dah berhijab. Lewat juga lah untuk beberapa bulan liz tahu tentang perkembangan Hannah Delisha ni. Memang cantik sangat Hannah Delisha ni, serius macam barbie doll. Too cute laa untuk dia pegang watak amani yang garang, busuk hati dan ala-ala mak tiri cinderella tu kan.
Kalau korang nak stalk lebih-lebih lagi boleh lah ke instagram : @hannadelisha makin manis makin cantik selepas dia kenakan tudung sekarang ni. Nampak sangat cantik. Semoga terus istiqomah dalam penghijrahan baru ni.
Hannah Delisha atau nama sebenar ialah Hannah Adlina Blackburne Birch. Berusia 24 tahun sangat muda kan dan berbakat besar. Lahir pada tahun 27 Oktober 1996. Hannah Delisha ni memang kacukan sebab tu dia punya putih tu lain maciam, dan sebenarnya kalau korang nak tahu mak Hannah Delisha ni penyanyi era 80 an. Memang dah ada darah seni, dan Hannah ni sebenarnya juga merupakan penyanyi tapi mungkin ramai yang tak tahu sebab Hannah Delisha ni berasal dari Singapura. Kalau korang nak tahu detail lebih lagi boleh baca dekat sini Hannah Delisha.
Post a Comment
LEAVE COMMENT HERE.