KEDAI MAINAN KANAK-KANAK SELANGOR | SETIA ALAM

11 Dec 2020

 

KEDAI MAINAN KANAK-KANAK SELANGOR | SETIA ALAM

    Kedai mainan kanak-kanak yang menjual mainan seperti trampoline, dapur mini kanak-kanak, kolam kanak-kanak dan macam-macam mainan kanak-kanak yang lain juga terdapat di kedai yang liz nak share ni.


    Kedai ni banyak menjual barang-barang mainan yang kanak-kanak suka, untuk bayi pula ada juga barang seperti carseat dan stroller pun ada dijual di kedai ni. Dan best juga lagi, baju renang muslimah pun ada, baju renang kanak-kanak pun ada juga tau. Memang rasa semua kelengkapan yang diperlukan ada di kedai ni.

    Harga barang dekat sini agak berpatutat, dan masa liz pergi hari tu ada juga beberapa family yang beli mainan dapur mini untuk anak perempuan. Ada yang belikan untuk cucu. Liz pula masa datang sini memang nak beli trampoline. Tak sabar nak tunggu, kalau beli online lambat sampai sebab tu gigih cari kedai jual trampoline ni. 

    Alhamdullilah rupanya kedai ni dekat Setia Alam. Jadi apa lagi, teruslah bersiap dah gerak ke kedai Mamakiddies ni. Bagi yang jauh dari Setia Alam jangan risau search je Mamakiddies di Shopee sebab korang boleh je beli barang dari situ. 



     Mencari carseat area Setia Alam, boleh juga datang jenguk dekat kedai ni ada pelbagai jenis carseat yang berpatutan harganya. 



     Pakaian renang muslimah dekat kedai ni pun ada jual tau dan harganya dalam RM50 lebih macam tu sepasang kalau tak silap liz. Sebab sekali tengok je harga hari tu. 


Ini pula anak liz, sedang mencuba-cuba trampoline. Bagi dia loncat sepuasnya dan barulah mami angkut beli bawa balik rumah. Kalau korang berminat nak tengok detail tentan trampoline ni boleh juga baca di sini TRAMPOLINE KANAK-KANAK.

Alamat kedai ni: Mamakiddies

No 42, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, 

Alam Nusantara, 40170 Shah Alam

Selangor Malaysia

No Phone: 03-3582393

Korang boleh juga check out FB Mamakiddies tau. 
Boleh cuci-cuci mata tengok barang-barang dekat FB page mereka.

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.