20 Dec 2020

PENGALAMAN BELAJAR PJJ UITM SEMASA COVID19 | INTAKE 2020


PENGALAMAN BELAJAR PJJ UITM SEMASA COVID19 | Intake 2020

    Macam mana cara belajar pengajian jarak jauh (PJJ) semasa musim Covid19 berlaku? Boleh fokus ke belajar PJJ secara alam maya ni? Belajar PJJ dekat UiTM pula macam mana semasa musim covid19 ni? Mesti macam-macam soalan yang bermain di fikiran bagi korang yang tengah pasang niat untuk sambung belajar betul tak? Sebab... tak kan korang nak tunggu sampai habis covid19 ni selesai baru nak sambung belajar. Tahun bila pula tu kan..



    Jadi marilah kita biasakan perkara yang bukan biasa ni. Norma baru belajar secara PJJ. Liz sendiri sekarang di semestar kedua PJJ UiTM. Liz ambil kos Human Resources, kalau ikutkan kampus liz belajar di Puncak Alam tapi memandangkan first semestar liz ialah pada March - July 2020 tahun ni telah pun bermula perintah berkurung jadi kelas pertama liz secara alam maya. Method yang digunakan oleh setiap pensyarah berbeza-beza. Ada pensyarah yang buatkan youtube channel, dan semua lesson dia mengajar kita boleh refer dekat situ. Which the best, sebab kalau lupa ke boleh tengok lagi sekali. Ada juga pensyarah yang mengajar gunakan google meet dan sehingga semestar dua ni pun memang google meet ialah medium the best untuk pembelajaran. Pensyarah akan share screen dengan semua pelajar, dan belajar seperti biasa. Cuma data kena cukup la ya, kalau tersangkut itu yang akan menyebabkan terganggu proses pembelajaran korang. Ada juga pensyarah yang malas-malas haha dia just gunakan wasap untuk hantar notes dan kalau korang tak faham, sila hantar soalan melalui wasap. Which cara ni sangat lah tak bagus, ustaz tu bagi alasan kerana berada di pedalaman. Haishh malas nak komen lebih tapi kalau boleh ada line wasap tu, why not kite cuba kan untuk adakan google meet. Tapi begitulah pengalaman sepanjang kelas online PJJ ni. 

    1 Semestar PJJ UiTM hanya hadir 5 kelas sahaja. Sesi March - July 2020 ada 1 bulan hanya 1 kelas. Assigment pula buat macam biasa, just follow guideline, kalau group assigment pula, cari team masing-masing dalam wasap then PM la tepi. Gitu!! Kena pro-aktif sikit dan tak boleh segan-segan. 

    Test PJJ UiTM secara online macam mana? Mestilah secara open book! Tapi I tell you, kalau korang tak pernah selak nota yang pensyarah bagi, atau tak pernah tengok pun buku yang pensyarah bagi. Still korang takdapat nak jawab sebab masa test limited. 2 jam sahaja jadi kalau korang dah pernah baca nota-nota yang diberikan bila nak jawab nanti sekurangnya korang tahu soalan tu ialah di topik yang ke berapa.

    Waktu kelas pula macam mana semasa PJJ di musim covid ni? Jadual waktu seperti biasa, ikut jadual seperti dalam pelan pengajaran. Yang membezakan ialah kelas secara online. Masa semestar pertama liz ambil 4 subjek tau, bermula dari pukul 830-10.30 am, 10.45-12.45, 2.00-4.00 dan 4.15-6.15 petang fuhhh kejung rasa buntut ni duduk kerusi lama-lama dekat rumah. Tapi seronok!!! Sebab rasa lenguh kan.. hehe pepandai la curi baring kejap dekat tilam. 

    Liz rasa seronok kelas PJJ secara online ni sebabnya jimat tenaga, jimat masa, jimat duit tau dan lebih mudah bagi mereka yang ada anak kecil macam liz. Bagi yang jauh-jauh dari Selangor, inilah waktu nya untuk korang sambung belajar, sebab tak perlu datang ke kampus. Dan korang boleh jimat banyak duit dekat situ. 

    Untuk semestar 2 ni, alhamdullilah masih lagi kelas dalam talian. Liz hanya duduk rumah, buka laptop dan sumbat earphone di telinga dan dengar lecturer mengajar. Kalau tak faham, boleh terus tanya. Semestar dua ni liz ambil 3 subject sahaja, dan liz rasa lega sedikit sebab ada ruang untuk bernafas. Subject semestar 2 liz ambil MGT420, ELC501 dan LAW416.  Jadual liz susun kali ni 8.30 - 10.30, 10.45 - 12.45 & 4.15 - 6.15. Jadi ada ruang lunch yang rileks sikit nak settle dekat rumah. 



Subjek law ialah subjek paling mencabar untuk liz 
semestar 2 kali ni.

    Jadi kalau korang tertanya-tanya belajar online ni best ke tak? Liz absolutely jawab BEST!! Liz memang suka ODL. 

p/s Anda juga mungkin berminat untuk ketahui tentang cara nak mohon transkrip SPM/PMR di sini.

4 comments

  1. Assalamualaikum, sy baru join oct 2020. Memang best ODL sama la ambil HR juga :)

    ReplyDelete
  2. Mohon dekat iceps jugak ke

    ReplyDelete
  3. Hai assamualaikum , nak tanya . Best tak kos hr ni ? Apa pendapat sis tentang kos ni ...

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.

Latest Instagrams

© Liyliz Yusof. Design by Eve.