MENSYUKURI NIKMAT KEGAGALAN

1 Dec 2020

 

MENSYUKURI NIKMAT KEGAGALAN | 

        Assalamualaikum pembaca blog liz. Kegagalan selalu dilihat sebagai matlamat hidup yang gagal dicapai. Bila kita gagal, kita rasa kecewa kepada manusia. Tindakan kita yang kita ambil akan menggantikan kegagalan itu dengan kejayaan.



        Ada masa, cuba kita luangkan sekejap dan fikir apa tahap pencapaian yang kita nak dalam hidup ni sebagai manusia. Nak jadi pekerja cemerlang? Nak jadi suri rumah yang hebat? Nak jadi ibu yang bijak mendidik anak-anak? Dan sebagainya, liz mula terfikir gagal ke aku menjadi ibu yang baik kepada anakku ni seandainya ada permintaan dia yang aku gagal berikan. Dan macam-macam lagi, kita semua ada sesuatu yang perlu untuk capai dalam hidup ni betul tak?

        Salah satu kegagalan yang boleh kita lihat ialah cara gerak kerja kita tak selari dengan kehendak Allah SWT ke atas diri kita. Maksudnya, tidak ada kegagalan dalam hidup ini. Sesuatu yang dianggap gagal itu sebenarnya ia merupakan maklum balas terhadap segala keputusan dan gerak kerja yang telah kita lakukan yang tidak selari dengan kehendakNYA. 

            Dengan maksud lain, kita merancang sesuatu kejayaan tetapi Allah yang tentukan. Tapi kalau kita langsung tiada perancangan? Maksudnya, kita langsung takda target dan takda apa nak capai. Contoh mudah, nak siapkan breakfast sebelum pukul 8 pagi. Apa perancangan gerak kerja kita untuk pastikan 8 pagi siap breakfast untuk keluarga?

            Pada pandangan kita yang terbatas kita rasakan matlamat yang gagal dicapai sebagai kegagalan. Namun bila kita terimanya sebagai perancangan kita yang tidak selari dengan ketentuan Allah SWT, maka apa yang tuhan gantikan itu lebih baik untuk kita. Liz banyak letakkan situasi-situasi yang terjadi dengan letakkan pelbagai nikmat daripada Allah yang sedang liz nikmati ni.

             Jadi apa yang liz kongsi dengan semua hari ni ialah anggaplah kegagalan itu sebagai satu teguran daripada Allah SWT. Masa mula-mula liz berhenti kerja dan fikir untuk buat Mary Kay. Liz pernah rasa "betul ke apa keputusan aku buat ni" dua bulan pertama selepas berhenti kerja sales tiada, fokus hilang sebab terlalu fikir dan takut tak sebenarnya sifat takut tu juga salah satu sifat yang mana liz mula kurang yakin dengan rezeki yang Allah nak bagi. Bila kita business ni, rezeki kita memang sepenuhnya datangnya dari Allah. Kita kena berusaha untuk cari sales setiap bulan.  MATLAMAT kita adalah keredaan tuhan walaupun terpaksa menempuh pelbagai kegagalan. Dan liz belajar, setiap satu kegagalan tu dimana bila kita kena reject, bila kita tidak dipercayai dan bila mereka tidak yakin kita mampu lakukannya. Back to Allah, Alhamdullilah syukur. Jadi bila rasa usaha dah banyak tapi rasa masih ada yang kurang? Back to amalan kita.

            Kita akan rasa sangat bahagia apabila dinaungi rahmat dan kasih sayang Ilahi di sepanjang urusan harian kita. Ambil semula teguran daripada Allah, kembali dekatkan diri padaNya. Segala urusan hidup dirujuk kepada Nya melalui isitkharah, doa serta tawakal yang berterusan. Ingatlah Dia walau ketika susah dan senang. Mudah-mudahan segala teguran Nya berupa kegagalan akan meletakkan kita atas landasan ketentuan hidup yang Allah SWT merahmati dan berkati kita akhirnya. 

    

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.